1. Isteri tidak lagi memerlukan anda. Jika  dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang  atau menyeberang  jalan sendirian, kini tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran anda. Ini  mungkin ada orang lain yang mengisi tempat anda. Ada kemungkinan juga  isteri anda hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi, jika  dulu dia amat memerlukan anda dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi  “independent”, itu mungkin tandanya  dia tidak lagi memerlukan anda di  sisinya.
2. Isteri tidak lagi marah. Kalau  dulu isteri anda naik angin jika anda tidak mahu makan tengahari  bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya. Tetapi sekarang semua  yang anda buat, dia tidak akan bising. Kalau dahulu setiap langkah anda  harus terancang, tetapi sekarang semua kesilapan kecil yang anda buat  tidak lagi membuatnya marah.
3. Dia mula berahsia. Dia  tidak lagi kongsikan kepada anda apa yang dia buat seharian. Kalau  dulu, sesiapa yang membuat panggilan padanya anda tidak perlu bertanya  siapa yang telefon, sebab dia akan beritahu anda. Sekarang, anda pula  yang perlu bertanya kepadanya siapa yang telefon. Sebab, dia tidak akan  beritahu.
4. Sekarang anda pula yang menjadi tumpuan. Apabila  anda bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawab soalan dengan soalan.  Apabila anda tanya bagaimana makan tengahari atau makan malam dengan  kawan-kawannya, dia akan diam sahaja. Atau dia akan beri jawapan yang  tidak tepat.
5. Dia menyirami anda dengan kasih sayang secara tiba-tiba. Isteri  anda selalu memuji anda, menyuruh atau menggalak anda pergi keluar  dengan kawan-kawan, memberikan andag kad ‘I Love You” secara tiba-tiba,  atau lain-lain perkara yang anda tidak sangka dia akan berbuat begitu.

No comments:
Post a Comment