Ramai  dikalangan kita merasakan stress bila menghadapi masalah cinta. Kalau  tidak masakan ramai yang sanggup membunuh diri kerana cinta. Sebenarnya  dalam perhubungan memang kita tidak dapat lari dari masalah. Dalam  perhubungan cinta perselisihan pendapat memang tidak dapat dielakkan  kerana lelaki dan perempuan mempunyai perwatakan yang berbeza. Jadi  toleransi adalah perkara terpenting dalam perhubungan.
Sikap  toleransi iaitu bertolak ansur adalah sikap yang patut ada pada setiap  pasangan.Mengapa?Bila ada sikap toleransi maka ianya akan membantu  mengelakkan anda dari mencari salah pasangan anda. Sikap toleransi ini  juga dapat menerima segala kekurangan pasangan.
Sikap begini amat penting dalam memastikan tidak berlaku perbalahan besar yang seterusnya mengancam survival rumah tangga.
Jadi  sebenarnya cinta ni kita tak perlu lah nak stress sangat,dan lebih  terbuka dalam menerima pendapat tidak kira la lelaki ke perempuan. Kalau  asyik sangat nak kata kita betul,sebenarnya kita yang banyak salah.
Jadi bertindak la mengikut akal,jangan ikut nafsu marah ya.
Moga panduan kali ini akan membantu kita menjadi pasangan yang cool sepanjang zaman.

No comments:
Post a Comment