Adakah  jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan  personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di  Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di  dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai  keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH A
Keharmonian  dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar  melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan  diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di  sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk  bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi!  Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan  kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu  jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam  melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu  adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang  gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu  mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan  kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua  perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang  dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar  dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.  Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu  yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.  Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa  bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

DARAH O
Individu  yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu  yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan  diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

No comments:
Post a Comment