1. Menipu
Menipu  adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan  gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan”  sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka.  Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah  dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada  pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah  mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini  tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang  mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki  yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan  perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan  yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia  perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua  ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi  sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan  ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan  hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan  boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi  kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas.  Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari  kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan  perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam  menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi.  Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang  membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita  tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan.  Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada  sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan.  Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status  diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri  mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada  perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah  sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang  lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan  bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada  sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering  memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti  hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan  perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak  mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah  perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga  boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda  sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai  anda.

No comments:
Post a Comment