1. MENINGGIKAN SUARA
P=Tahulah  mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara  sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana  mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
L=Kalau tinggikan suara dikatakan ego.
Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!
Kalau rendahkan suara cakap perlahan dikatakan macam cakap dalam kelambu.
Kalau halus suara dikatakan pondan !!
2. MAIN KAYU TIGA
P=Bab  main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,  mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa  mempedulikan perasaan kekasihnya.
L=Yang  menggoda lelaki tu…. bukan perempuan ker? Kenapa dah tau lelaki tu ada  awek pun pompuan sanggup goda lelaki? Nak salah laki juga ker? Lain ler  kalau yang mengoda laki tu si jantan jugak!!
3. SUKA ‘CUCI MATA’
P=Kebanyakan  lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan  cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
L=macam  ler pompuan tak penah cuci mata !! Siap boleh cakap ‘ alamak hensemnya  !” depan bf sendiri. Ada lelaki marah ker? Lelaki cool jer la…. tak rasa  tercabar pun….
4. MENGONGKONG
P=Itu  tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri  kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau  nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya  pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula  sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka…  macammana tu?
L=Kalau  kita tak tanya , tak ambil tau dikatakan tak caring la… tak romantik  la…. macam-macam tak lagi la…. Dah ambil tau…dikatakan mengongkong!!  Saja nak cari gaduh la tu…!!
5. EGO
P=Ini  merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan  lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki  menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa  mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai  kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.  Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
L=Kalau rimas ngan ego lelaki… jadi la les….. tak payah pk pasal ego lelaki!
Lelaki mana yang dijadikan sebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego …!!
Lelaki mana yang dijadikan sebagai pemimpin wanita tak ada ego! Pondan pun ada ego …!!
6. MENIPU
P=Masalah  yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang  tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang  mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya  mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah  berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki  kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat  berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama  kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
L=Bila  lelaki cakap yang benar pompuan tak nak percaya. Pompuan cuma nak  dengar apa yang sesuai dengan pendapat dia. kalau hitam dia kata, lelaki  pun kena kata hitam walaupun benda tu putih..!! Benda ni pun 2 x 5  …la….
7. PERASAN
P=Aduhaiii…  lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,  berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku  merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada  pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini  yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,  kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka  mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
L=Itu  juga tanggapan pompuan saja. kerana perempuan perasan mereka cantik dan  dengan senangnya dapat menawan mana-mana lelaki hensem. Tapi sayang  lelaki hensem ini terpikat pada perempuan yang plain dan tak menarik di  pandanag pompuan perasan tu. Tu yang kutuk sakan…..!! pastu kutuk ada  jantan muka cam tongkang pecah ank ngorat dia..etc…! Lelaki tak penah  menghina pompuan dengan gelaran tongkang pecah…..
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
P=Susah  juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya  tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa  mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan  mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan!  Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
L=pompuan hanya mahu perasaan mereka dijaga. Tidak penahkan mereka terfikir nak jaga perasaan lelaki?
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
P=Lelaki  kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian  tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan  dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan  teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya?  Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi  cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat  semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
L=kalau diberikan perhatian yang penuh dikatakan MENGONGKONG !!
10. CEMBURU BUTA
P=Orang  kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan  memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang  kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.  Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi,  ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana  seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta  sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
L=Takkan  tak penah dengar pepatah CINTA ITU BUTA. Bila laki cemburu dikatakan  cemburu buta….. betul ker cemburu buta. Kalau laki cuci mata dah boleh  buat pompuan isytihar perang besar tu cembru apa hah? barangkali itu  bukan cemburu tapi BUTA PERUT !!
11. MATA DUITAN
P=Jangan  tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki  spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan  yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah  perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula  yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan  lelaki hilang pulak?!!
L=Dah  tau tak lojik mengapa biar sampai terkikir. Nampak sangat pompuan tak  guna akal. And I believe pompuan yang tulis artikel ni lagi la tak guna  akal!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
P=Susah  kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni  selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau  keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan  kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.  Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan  segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
L=takde keja nak bagi anak orang makan apa? pasir ? tanah?
ulat lam batu pun boleh mati !! ingat senang ker nak dapat kerja….! berjuta penganggur tu. Tak reti bersyukur langsung pompuan ni yang dapat laki yang komited ngan kerjaya!!
ulat lam batu pun boleh mati !! ingat senang ker nak dapat kerja….! berjuta penganggur tu. Tak reti bersyukur langsung pompuan ni yang dapat laki yang komited ngan kerjaya!!
13. PANAS BARAN
P=Aduiii…  masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila  mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur  segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi  tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima  walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak tendang?  Kalau nak sepak tendang carilah mereka yang sepadan dan janganlah  berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan  kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada  barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
L=dah  tau laki panas baran nak jugak kat laki tu. Pilihan berlambak…!! takpun  laki tu dah cakap elok2 taknak dengar..sape x panas.orang cakap semua  xnk caya.
14. KAKI MEROKOK
P=Ini  satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana  sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya  habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah  tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.  Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini  tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang  teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu  kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka  membazirkan duit dengan merokok.
L=cari  jer la orang yang tak merokok. Dah kenal sejak azali laki tu merokok.  yang nak jugak kat dia buat apa? Bukan dia merokok selepas kenal pompuan  tu…
15. PENGOTOR
P=Ada  segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.  Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada  juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak  memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau  semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila  menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat  pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
L=Nak  suruh lelaki pakai parfum yang sebatu pun orang boleh cam… macam  pompuan pakai? jarang basuh seluar tu.. maknanya pasangan jantan tu  pemalas & pengotor jugak..
16. GELOJOH
P=Kalau  bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas  melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak  sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.  Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.  Buat apa terkejar-kejar?
L=Gelojoh..  isu yang sengaja ditimbulkan… kalau nak lihat kegelojohan yang sebenar  pegi kenduri kawin tengok sapa yang gelojoh nak makan, gelojoh nak  bergosip… gelojoh nak tayang barang kemas….gelojoh tayang bodi…
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
P=Sanggup  membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun  menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan  kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu  saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung  semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna  bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan  sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si  dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia  juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak  merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia  terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
L=kawan -kawan tak ajak keluar selalu.. kalau ada aktiviti baru ajak…
pompuan… dia rasa boring jer… ajak je laki keluar tak kira masa..!!
pompuan… dia rasa boring jer… ajak je laki keluar tak kira masa..!!
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
P=Sukar  untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan  kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun  menyedarinya.
Mereka  seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap  meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,  alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya  sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang  cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil.  Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat  sesuatu untuk anda.
L=Lelaki  menghargai dengan kejujuran hati bukan dengan kata-kata. Kata -kata  boleh disalah tafsirkan oleh pompuan. Lelaki wat keje x kecoh2 cam  pompuan.
19. PUTAR BELIT
P=Lelaki  ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata  sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak  mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan  terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai  pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa  akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari  nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!  Jujurlah pada pasangan anda.
L=‘putar  belit’ ini ialah istilah pompuan bagi mana-mana jawapan anda yang tak  sam dengan dengan apa yang terkandung dalam fikiran nya. ditambah pula  dengan batu-batu api…. mengapi-api….. citer yang bukan-bukan…..! Lihat  siapa yang karang kan email layang yang heboh satu malaya, siapa yang  heboh sms layang yang tengah hot ni.. Jantan ker?
20. SUKA KONTROL MACHO
P=Peh!  Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!  Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.  Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati  dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana  wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda  rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah  semacho yang disangkakan, tak guna juga! .
L=lelaki  yang tidak ada keyakinan diri buat apa. Kalau nak tunggu pompuan kata  macho baru nak yakin dirinya macho… baik tak payah jadik lelaki. pondan  pun lagi macho kalau macam tu…

No comments:
Post a Comment