Masalah  seks suami selalu dikaitkan dengan masalah mati pucuk, ejakulasi pra  matang dan sebagainya. Akibatnya , masalah ini , nafsu merudum dan tak  kunjung datang hingga mengecewakan isteri.
Namun  mungkin tak ramai yang tahu bahawa selain daripada masalah sakit tuan,  nafsu seks lelaki sebenarnya boleh juga terjejas gara-gara sikap isteri  sendiri.Ada suami yang hilang ghairah di pertengahan hubungan seks  gara-gara sikap isteri yang kurang menyenangkan.
1) Membuat Tuntutan Kepada Suami
Menjadi  kebanggan suami apabila dirinya dapat memuaskan isteri dalam hubungan  kelamin. suami akan berasa bangga dan hebat setelah memberi kepuasan  batin buat isterinya.
Namun  perasaan bangga atau hebat seorang suami dalam hubungan seks tidak akan  tercapai apabila isteri membuat tuntutan tertentu ketika aktiviti seks  berlangsung.
“Abang  bolah tak jangan pegang situ” atau “Abang boleh tak lama sikit”.  Kata-kata sebegini akan mengganggu tumpuan suami dan membuatnya bimbang  tidak mampu melakukan seperti yang dituntut oleh isteri.
Kebimbangan yang tidak berasas ini akan membuatkan suami beralah sebelum bertempur.
2) Memperlihatkan Kebosanan
Keinginan  seorang isteri untuk melakukan hubungan seks dengan suami kadang kala  terhalang oleh perasaan bosan akibat keletihan beekrja seharian di  pejabat.
Bagaimanapun  sebosan mana sekalipun anda rasa, sebaiknya ia tidak dipamerkan di  hadapan suami. Kebosanan anda mungkin akan membunuh ghairahnya untuk  bermesra dnegan anda.
Cubalah  menegtepikan perasaan tiada mood atau keletihan dengan emngatakan paa  diri anda bahawa malam ini, kasih sayang perlu dipupuk kembali untuk  kebahagiaan rumahtangga anda. jangan biarkan rasa bosan menguasai jiwa  anda.
3) Berbicara Masalah Wang Di Kamar
Perkara  ini perlu diberi perhatian oleh setiap isteri. jangan sesekali emmbawa  masalah kewangan seperti hutang yang belum dibayar, perbelanjaan dapur  yang tidak mencukupi dan masalah kewangan lain ke kamar tidur.
Ia  akan memberi tekanan kepada suami. seterusnya akan membuatkan dirinya  hilang rasa ghairah untuk melakukan hubungan seksual. Ia bukan sekadar  menghilangkan ghairah suami tapi juga menimbulkan perasaan malu dan  marah dalam diri suami.
4) Melemparkan Kritikan
Kata-kata  berunsur kritikan akan memeberi kesan pada perasaan suami walaupun anda  menganggapnay sebagai suatu gurauan. Contohnya, mencela suami, kaki  suami kotor, perutnya buncit dan nafasnya berbau rkok, ia boleh  melunturkan smenagatnya untuk meneruskan hubungan kelamin.
5) Berlakon atau Bersandiwara
Sebagai  isteri, tidak perlu berlakon ketika bersama suami di ranjang.  Percakapan secara jujur dan berterus terang dengan suami. Jika mahukan  layanan yang boleh memberikanb kepuasan kepada anda, katakan saja pada  suami. apa yang nak dimalukan, suami isteri berkongsi  segala-galanya,bukan.
6) Bersikap Terburu-buru
Melakukan  hubungan intim bersama suami dalam keadaan terburu-buru adalah sangat  tidak baik. usahakan untuk melakukan aktivit yang meneynangkan ini dalam  suasana yang tenang dan relaks.
7) Terlalu Banyak Peraturan
Aktiviti  seks adalah masa paling peribadi dan paling intim buat pasangan suami  isteri. Ia juga waktu yang paling banyak beharga buat suami isteri.  Terlalu banyak peraturan dan petua akan merosakkan suasana intim, gelak  tawa, gurau senda dan kehangatan anda berdua. jadilah diri anda sendiri,  biarkan segalanya berlalu dengan selesa.
8 ) Ragu-ragu
Jangan  cuba bertanya dengan suami perkara-perkara seperti kualiti cinta suami  ketika sedang melakukan hubungan kelamin. Pertanyaan, “Adakah abang  sayang saya?”.”Adakah abang puas?” dan sebagainya akan mendatangkan  keraguan di hati suami dan boleh menimbulkan rasa kurang senang. Ia juga  boleh mengeruhkan suasana hubungan suami isteri.

No comments:
Post a Comment