Ada  juga yang merasakan tidak mendapat kenikmatan mengadakan seks  disebabkan pasangan cepat ejakulasi, kurang berminat mengadakan seks dan  tidak puas kerana pasangan tidak mahu mengadakan seks oral. Masalah ini  dialami pasangan berkahwin tanpa mengira tempoh perkahwinan.
Misalnya,  ada pasangan belum merasakan kepuasan seks walaupun berkahwin sembilan  tahun dan mempunyai dua anak. Berdasarkan masalah di atas, hampir  semuanya berkaitan kerjasama pasangan berumah tangga.
Memang hubungan seks itu memerlukan kerjasama suami isteri, jika tidak sudah tentu hubungan itu tidak dapat dilakukan.
Namun,  pernahkah kita bertanya diri sendiri, bagaimana pula dengan pasangan  kita? Adakah dia juga puas ketika bersama kita? Kita perlu memahami  bahawa si dia juga ada kehendaknya. Misalnya dalam masalah cepat  ejakulasi, pasangan tidak sempat menghayati keseronokan sentuhan  seksual, tetapi anda sudah selesai.
Dalam  hal ini permuafakatan dalam hubungan intim suami isteri adalah perlu.  Begitu juga dengan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
Dalam  perilaku hubungan seksual, setiap pasangan perlu berpegang pada  hubungan intim yang berpandukan kepada ajaran dan hukum Islam. Hubungan  seksual antara suami isteri dikira ibadat. Melayani nafsu pasangan  ketika pasangan berkehendakkan (berintiman) pula satu sedekah.
Oleh  itu, kita boleh membayangkan kebaikan dan ganjaran akhirat yang akan  diterima jika hubungan seksual mendatangkan keseronokan bersama.

No comments:
Post a Comment