Sebenarnya  ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap.  Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan  perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan  menjadi lambat.
Ibu  bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada  percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat,  tulisan dan kemahiran visual.
Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:
# Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
# Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
# Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)
# Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
# Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)
Dua  jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan  menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan  reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga  kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.
Kebanyakan  kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan  bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran  bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap  ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan  yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek  diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak  ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain,  kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi  arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang  memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut  walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.
Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
Sesetengah  kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat  bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku  secara berperingkat.
Perkembangan  pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal  dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
Malangnya  sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada  seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur  dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.
Masalah  pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru,  kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani  ujian pendengaran.
Jangan  anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan  tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila  dipanggil dari bilik sebelah.
Punca  lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti  terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif,  perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas  terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan  tangan) juga lambat.
Bagaimanapun,  keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik  yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua  bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.
Senarai  di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan  kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus,  perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini  hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak  menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika  disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.
Perkembangan percakapan
#  Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang  dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber  bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi  perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang  pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½  bulan
# Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
# Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
# Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)
# Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
# Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
# Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

No comments:
Post a Comment