1.  Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan  serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2.  Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan  kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua  perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak  sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3.  Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada  dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap  perkara yang anda lakukan.
4.  Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang  pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan  biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6.  Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan  menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda  hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua  pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8.  Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang  dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang  sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13.  Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami  sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan  cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
No comments:
Post a Comment