Tentu anda ingat dulu-dulu waktu sebelum berkahwin anda sedang bercinta dengan suami anda. Waktu itu, pastinya anda tidak penah jemu-jemu untuk pikat dan bermanja-manja dengan dia. Lebih-lebih lagi waktu anda nak sangat cepat-cepat dia masuk meminang anda. Betul tak?
Rutin dan amalan anda ketika bercinta-cinta dulu haruslah anda kekalkan sehingga anda telahpun berkahwin. Ini dapat terus menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat anda berdua.
Berikut saya kongsikan bersama anda 6 cara yang berkesan dan mudah untuk anda amalkan sebagai seorang isteri.
Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama
Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan. Itu memang saya akui dan kita juga harus akuinya. Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.

Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.
Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia
Maksud saya, bukanlah anda perlu ikat perut suami anda dengan tali dan jangan bagi lepas ke mana-mana ye.Maksud di sini ialah anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan.

Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.
Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.
Cara 3: Luahkan kata-kata cinta
Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.

Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda
Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua telibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja
Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.

Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia
Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda. Jangan pula anda tolak pelawaan suami anda pula ye jika dia meminta

No comments:
Post a Comment