Inilah yang dikatakan selalu orang kata mentari yang cerah kan terbenam jua di senja hari, begitulah juga perumpamaan bagi sebuah kehidupan. Hari nie sihat hari esok sakit pulak tue dah menjadi kebiasaan buat yang sering menyebutnya...nie pulak mengenai perkara-perkara yang jauh tersirat. Orang lihat kita nie selalu jer gembira, suka-suka, gelak ketawa tapi diorang tak sedar bahawa jauh di sudut hati penuh dengan ujian dan permasalahan. Sebab itu lah jangan kita menilai orang itu secara bulat-bulat, manelah tidaknya kita tahu orang yang buat gitu sebab dia nak kurangkan tekanan yang dia hadapi, kalau yang menyendiri lagilah bahaya dikatakan.
Orang yang suka bersendiri ni kita tak dapat espect apa yang dirinya mahukan dan apa yang dirinya perjuangkan, lain orang lain jiwanya. Hari nie mungkin ada kawan-kawan yang sering mengajak kita belajar sama-sama tapi esok hari bila dia nak belajar dia belajar jer tanpa menghiraukan kita pun. Harta yang kita miliki hari nie pum tak kekal lamanya, bagi orang harta nie berbentuk jumlah yang banyak ataupun besar itu yang silap tu. Broadband sebijik pum dah namanya harta jugak, orang di sisi kita juga adalah harta, apa saja yang kita miliki tulah harta kita. Jadi apa yang kita ada kita kenalah syukuri walau tak sesempurna yang kita inginkan dan kita kena bersedia menerima segala kekurangan kawan kita jika kita mahu diri kita sentiasa di terimanya juga...ada yang memberi dan ada yang menerima....
No comments:
Post a Comment