Semasa  mengandung macam-macam kepercayan tentang amalam amalan yang kita ikut  sebab kita mahukan anak dalam kandungan kita sempurna seperti orang  lain. Ingat, bukan sahaja cara pemakanan dan amalan yang perlu kita  jaga, tapi kita jugak perlu kawal penggunaan barangan kosmetik semasa  mengandung ataupun ketika mempunyai anak anak yang masih kecil.
Sebuah  kajian daripada sebuah junal, Pediatrics, Dr. Sheela Sathyanarayana  dari Universiti Washington, baru baru ini menjelaskan bahawa sesetangah  produk kosmetik ini mengandungi bahan-bahan kimia yang berpotensi dan  sangat berbahaya disebut ftalat.
Sathyanarayana  juga mengatakan bahawa mereka telah menemui peningkatan kandungan  monoethyl phthalate (MEP),monomethyl phthalate dan monoisibuthyl  phthalate (MIBP) dalam urin bayi kesan daripada penggunaan penggunaan  lotion bayi, syampu bayi dan bedak bayi. Menurut para penyelidik, bayi  muda kurang dari 8 bulan lebih berisiko untuk terkena kesan ini.
Apa Itu Ftalat?
Ftalat  adalah sejenis kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk membuat  plastik PVC pembungkus makanan dan digunakan untuk menstabilkan pewangi  dan ditemui dalam beberapa produk pengguna lain termasuk mainan, produk  penjagaan peribadi dan peralatan perubatan. Dan Ftalat ini juga  digunakan dalam sesetengah bahan kosmetik wanita dan akan menjadi racun  kepada bayi di dalam kandungan dengan menjejaskan kemampuan pembiakan  janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki.  Paling sedih, bayi kita berisiko tinggi terkena kanser testis apabila  mereka dewasa, jika ibu ibu mereka menggunakan kosmetik yang mengandungi  Ftalat.
Mungkin  kita semua tak sedar tentang bahaya ini, sebab sebelum ni tak pernah  jadi apa apa pada kandungan dan anak anak kita.Walaupun, kesannya tidak  boleh dilihat dalam masa yang singkat, kemungkinan untuk bayi kita  mendapat kesan buruk ini di masa akan datang itu ada. Jadi apa salahnya  kita berhati hati daripada menyesal kemudian hari.

No comments:
Post a Comment