Ringan Tulang – Jangan  jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua  kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja  makan untuk berbuka dan bersahur.
Ambil Hati Isteri – Beri  kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang  enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh  diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau  minuman tawar.  Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya  orang gaji.
Uruskan Anak-Anak – Jika  lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak  seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari  sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang  sibuk di dapur.
Tunjukkan Kasih Sayang – Bekerja  seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh  itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami.   Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan  kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi  vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.
Sediakan Pembantu Rumah  - Kerja  rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan  mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu  rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga  tiada masa untuk suami dan anak.
Doakan Kebaikan Untuk Isteri – Ambil  kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri  ketika Ramadan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan  kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya  sebagai isteri.

No comments:
Post a Comment