Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc

Thursday, September 22, 2011

Keperluan Seks Bagi Manusia



Bila sebut pasal seks pasti ramai akan anggap woit lucah betul la blog ni! Ianya tidak perlu di anggap demikian kerana manusia perlu tahu asas keperluan mereka dan itu adalah fitrah manusia dan kalau tidak ada keperluan dalam seks maka mana mungkin lahirnya zuriat. Nabi kita Muhammad juga menggalakkan umatnya berkahwin untuk memenuhi tuntutan ini dan ianya juga menjadi batu loncatan untuk berkembangnya umat islam di muka bumi.


Hubungan seks adalah hubungan kelamin diantara lelaki dan wanita. Jadi kalau yang adakan hubungan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan itu adalah mereka yang otaknya mereng sebab mereka telah melanggar fitrah kejadian manusia.
Hubungan ini adalah hubungan yang suci sebab itu ianya di halalkan setelah janji dimeterai setelah akad nikah. Mungkin bagi golongan muda yang cetek ilmunya menganggap perkahwinan adalah perkara mudah namun ada makna terbesar dalam hubungan ini. Hubungan inilah yang akan membina empayar ummah. Jadi ilmu mengenainya perlu didalami dengan baik iaitu tentang bagaimana ianya dilakukan secara betul sehinggalah bagaimana mendidik anak yang dilahirkan itu.


Hubungan seks ini sebenarnya menjadi satu perantara yang mewujudkan kemesraan antara suami dan isteri dan saya sering juga melihat ada suami yang mengabaikan perkara ini dengan anggapan ianya remeh. Tahukah lelaki bahawa menjadi tanggungjawab anda memberikan nafkah tersebut kepada isteri dan mengabaikannya adalah perkara yang zalim.


Sebab itu sebelum berkahwin si lelaki perlu melihat kesemua aspek agar tidak menganiaya isterinya.
Semoga selepas ini seks tidak dijadikan bahan jijik,tetapi digunakan untuk menjadi pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

No comments:

Post a Comment