Hal  ini memang sudah lama didebatkan. Tetapi pasti tiada jawapan khusus  yang akan dijumpai. Ini adalah kerana setiap lelaki di mukabumi ini  membawa perwatakan yang berbeza-beza. Sebenarnya tidak patut ada istilah  lelaki semua sama. Sekiranya semua lelaki sama, pasti persoalan  mengenai mengapa lelaki menipu akan terjawab. Ini merupakan hanya  panduan kepada anda sahaja untuk mengetahui sebab utama mengapa lelaki  menipu. Awas!! ia tidak merujuk kepada semua lelaki tetapi hanya data  daripada beberapa individu sahaja mewakili lelaki yang pernah menipu.   Penilaian terbaik adalah daripada anda sendiri untuk menentukannya  menggunakan pemikiran akal yang waras.
Pilihan-  Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai  banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai  pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu  mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. Sebagai contoh,  apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada  sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana  mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor  inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya.  Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.
Ego-  Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian  daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang  menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil  dengan segera. Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan  mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu  bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan  terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka.
Permasalahan hubungan-  Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini  akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai  masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik  dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. Cara ini adalah sebagai  jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi.  Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan  dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak  lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang  menyebabkan lelaki menipu.
Teman wanita yang suka mengkritik- Seorang  wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk  mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia  adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia  satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan  penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima  kritikan daripada anda.
Bosan- Setiap  pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka  sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan  adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan  seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah  pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan  kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan  bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.
Pernah ditipu-  Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah  ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan  datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang  lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk  menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini.  Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang  kebaikan didalam perhubungan.
Perubahan-   Ada sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup  mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang  akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang  wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih  memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka  akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati  satu situasi yang baru.

No comments:
Post a Comment