Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc

Friday, September 23, 2011

7 Sebab Utama Mengapa Lelaki Menipu

Hal ini memang sudah lama didebatkan. Tetapi pasti tiada jawapan khusus yang akan dijumpai. Ini adalah kerana setiap lelaki di mukabumi ini membawa perwatakan yang berbeza-beza. Sebenarnya tidak patut ada istilah lelaki semua sama. Sekiranya semua lelaki sama, pasti persoalan mengenai mengapa lelaki menipu akan terjawab. Ini merupakan hanya panduan kepada anda sahaja untuk mengetahui sebab utama mengapa lelaki menipu. Awas!! ia tidak merujuk kepada semua lelaki tetapi hanya data daripada beberapa individu sahaja mewakili lelaki yang pernah menipu.  Penilaian terbaik adalah daripada anda sendiri untuk menentukannya menggunakan pemikiran akal yang waras.
Pilihan- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa peratus lelaki yang mempunyai banyak pilihan lebih tinggi untuk menipu daripada yang tidak mempunyai pilihan. Ini adalah mungkin atas faktor apabila seseorang lelaki itu mempunyai banyak pilihan, mereka sukar untuk menolaknya. Sebagai contoh, apabila mereka berjaya memikat teman wanita yang lebih cantik daripada sebelumnya, pasti mereka mudah untuk meninggalkan yang sebelumnya kerana mempunyai pilihan yang lebih baik. Berkemungkinan disebabkan faktor inilah mereka akan cuba untuk menipu teman wanita yang sebelumnya. Sekali lagi diingatkan, tidak semua lelaki bersifat seperti ini.
Ego- Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang sukar untuk mendapat perhatian daripada seseorang wanita. Jadi, sekiranya ada wanita lain yang menunjukkan minat sedikit terhadap mereka, peluang ini akan diambil dengan segera. Ini adalah kerana perkara ini akan meningkatkan keegoan mereka. Keegoan ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak terlalu bergantung kepada seorang wanita sahaja dan sekiranya perhubungan terputus, ia tidak akan meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka.
Permasalahan hubungan- Pasti didalam sesuatu hubungan akan wujudnya masalah, dan masalah ini akan dijadikan alasan oleh lelaki untuk menipu. Lelaki yang mempunyai masalah dalam hubungan akan cuba untuk mencari wanita yang lebih menarik dan mampu untuk berkongsi minat yang sama. Cara ini adalah sebagai jalan pintas untuk mereka melupakan kesulitan yang sedang dihadapi. Dinasihatkan, segala masalah yang melibatkan hubungan diselesaikan dengan secepat mungkin untuk mengelakkan penipuan yang lebih banyak lagi. Faktor hubungan jarak jauh juga mungkin salah satu punca yang menyebabkan lelaki menipu.
Teman wanita yang suka mengkritik- Seorang wanita seharusnya menjadi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk mengecapi kejayaan mereka. Sekiranya ia kritikan yang membina, ia adalah perkara yang perlu dilakukan oleh wanita. Tetapi sekiranya ia satu kritikan yang menjatuhkan maruah seseorang lelaki, pasti dengan penipuan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan daripada menerima kritikan daripada anda.
Bosan- Setiap pasangan harus berusaha untuk sentiasa memastikan perhubungan mereka sentiasa bahagia. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan bosan. Bosan adalah merupakan faktor utama mengapa lelaki menipu. Perasaan bosan seharusnya tidak patut wujud di dalam perhubungan. Bagaimana sesebuah pasangan yang sudah berkahwin berpuluh-puluh tahun dapat mengekalkan kebahagiaan mereka sehingga kehari ini. Sudah pasti kerana perkataan bosan tidak wujud didalam kamus perhubungan mereka.
Pernah ditipu- Ada juga sesetengah lelaki berpendapat bahawa disebabkan mereka pernah ditipu sebelum ini, membuatkan mereka berasa untuk menipu pada masa akan datang. Ini mungkin disebabkan perasaan ego yang ada pada seorang lelaki. Mereka akan berfikir bahawa sekiranya seorang wanita mampu untuk menipu mereka, mengapa tidak mereka pula yang menipu selepas ini. Tetapi, hakikatnya perkara ini sebenarnya tidak membawa apa-apa sebarang kebaikan didalam perhubungan.
Perubahan-  Ada sesetengah lelaki yang sukakan perubahan di dalam kisah hidup mereka. Disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru inilah yang akan membuatkan mereka menipu. Sebagai contoh,mereka berjumpa seorang wanita yang lebih menarik dan mereka rasakan wanita tersebut lebih memahami mereka berbanding kekasih mereka yang sebelumnya, pasti mereka akan cuba menipu untuk memenuhi keinginan hati mereka untuk menikmati satu situasi yang baru.

Cara Untuk Jadi Seorang Romantik


Pada masa kini, ramai yang menilai sesuatu yang romantik itu dalam satu bentuk kebendaan. Ia seharusnya tidak dinilai dari segi materialistik sahaja, tetapi boleh dinilai daripada pelbagai sudut. t5 akan menyenaraikan 9 cara yang anda boleh lakukan untuk menjadi seorang yang romantik dengan cara yang paling mudah.
Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda.
Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan.
Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.
Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda.
Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik.
Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut.
Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang.
Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.
Untuk menjadi seorang yang romantik tidaklah sesukar seperti yang difikirkan. Lebih fokuskan kepada sesuatu yang mudah terlabih dahulu, kemudian sekiranya anda mempunyai masa, wang, dan situasi yang mengizinkan, barulah berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih romantik lagi untuk kenangan bersama. Sesuatu yang besar tidak akan wujud sekiranya anda tidak bermula daripada sesuatu yang kecil.

8 Sikap Wanita Yang Di Sukai Lelaki


Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Punca Tekanan Mental Dan Cara Atasi


Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas.
Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu kesihatan.
Simptom
Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah :
PERASAN :
- Merasa bimbang
- Merasa cepat marah
- Merasa lemah semangat
- Merasa tidak tenteram dan gelisah
FIKIRAN :
- Bimbang terhadap masa depan
- Kurang daya tumpuan
- Menjadi mudah lupa
- Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
- Takut gagal
- Rendah harga diri
TINGKAH LAKU :
- Tabiat merokok yang meningkat
- Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masalah
- Hilang selera makan atau makan berlebihan
- Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
- Mudah terkejut
- Bertindak secara agresif
PERUBAHAN FIZIKAL :
- Berpeluh pada tangan dan badan
- Sering rasa dada berdebar
- Menggeletar, kering mulut dan kerongkong
- Mudah merasa letih
- Kerap kecing
- Sukar untuk tidur
- Masalah penghadaman seperti, loya, muntah, cirit-birit dan sembelit
- Sakit kepala dan leher sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.
Kesan
Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.
Pencegahan
Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun kita harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi terhadap tekanan.
Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental adalah :
1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda
- Akui kekuatan dan kelemahan diri.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan.
- Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar.
2) Merancang kerja anda
- Kendali masa anda dengan bijak.
- Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.
- Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah.
- Mengagihkan kerja dengan baik.
3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
- Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
- Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya.
- Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
- Ambil tindakan secara wajar.
4) Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar
- Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
- Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda.
- Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.
5) Amalkan komunikasi yang berkesan
- Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif.
- Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas.
- Hormatilah pandangan rakan anda.
6) Semaikan semangat bermasyarakat
- Jilankan persahabatan dengan rakan-rakan anda.
- Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah.
- Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh dipercayai.
- Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7) Amalkan cara hidup sihat
- Luangkan masa untuk berehat dan bertenang.
- Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi.
- Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.
- Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama. Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup.