Menjaga pergaulan dan tingkah laku suatu yang amat dituntut dalam  Islam. Perlakuan tersebut menggambarkan keindahan akhlak dan keluhuran  budi pekerti yang disanjung tinggi dalam Islam. Nabi Muhammad SAW  bersabda yang bermaksud: “Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk  menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Adik-adik, sebelum kedatangan Islam masyarakat ketika itu hidup dalam  ‘kegelapan’. Tingkah laku dan pergaulan mereka amat buruk. Oleh itu,  Islam diturunkan untuk memperbaiki tingkah laku mereka selain mengajak  mereka mentauhidkan Allah SWT.
Islam menyuruh kita mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW  sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang  bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu  contoh ikutan yang baik. Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan  (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula  menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan  senang)”. Disebutkan juga bahawa Saidatina Aisyah r.a pernah ditanya  berkaitan akhlak Rasulullah. Beliau menjawab, akhlak Rasulullah SAW  adalah al-Quran.
Begitulah cantiknya gambaran akhlak Rasulullah dalam menjaga pergaulan  dan tingkah laku seharian. Bagaimana pula dengan adik-adik? Islam  menitik beratkan penjagaan pergaulan dan tingkah laku ini kerana bagi  mengelakkan pertelingkahan, permusuhan dan perpecahan sesama kita selain  menghindari kemungkaran dan kemaksiatan. Pergaulan dan tingkah laku  yang terlalu bebas boleh mengundang dosa, bala bencana dan menimbulkan  fitnah.
Ingatlah adik-adik, bahawa kaum Nabi Luth a.s telah dimusnahkan Allah  SWT kerana pergaulan dan tingkah laku mereka yang melampaui batas. Oleh  itu, Islam menggariskan beberapa panduan tentang bagaimana menjaga  pergaulan dan tingkah laku dalam kehidupan harian.
1. Menjaga pergaulan dan tingkah laku sesama ahli keluarga.
* Minta izin terlebih dahulu untuk memasuki bilik ahli keluarga.
* Memberi salam apabila hendak masuk ke dalam rumah.
* Tidak meninggikan suara dan bercakap kasar sesama ahli keluarga.
* Berpakaian sopan dan menjaga aurat.
* Mengasingkan tempat tidur antara adik-beradik lelaki dan perempuan.
* Tidak melakukan perkara-perkara buruk.
* Tidak membawa masuk orang lain ke dalam rumah kecuali dengan izin dan pengetahuan ahli keluarga.

2. Menjaga pergaulan dan tingkah laku sesama jiran dan rakan.
* Menghormati jiran dan rakan.
* Tidak mengata, mengumpat, mencaci dan menyakiti mereka.
* Bersopan-santun dan tidak mendedahkan aurat di hadapan mereka.
* Menegur dan mengucapkan kata-kata yang baik apabila bertemu.
* Tidak mengata, mengumpat, mencaci dan menyakiti mereka.
* Bersopan-santun dan tidak mendedahkan aurat di hadapan mereka.
* Menegur dan mengucapkan kata-kata yang baik apabila bertemu.
3. Menjaga pergaulan dan tingkah laku sesama masyarakat.
* Menghormati orang yang lebih tua dan mengasihi orang yang lebih muda.
* Mengucapkan kata-kata yang baik.
* Berkelakuan sopan dan tidak mendedahkan aurat.
* Menghindari fitnah, mengumpat, mengata dan mencaci sesama sendiri.
* Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa keperluan dan batasan.

Oleh : Ustazah Nizatul Shasha binti Danian Jakim 
No comments:
Post a Comment