Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
"Saya  ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2  tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan  bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka  tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka  mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali  suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang  isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya  biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang  anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja  biasa saja..
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami  saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih  dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri  seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak  utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan  setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala  keperluan rumahtangga.
Sepanjang  perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya  memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa  tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk  atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila  dia perlukan saya.
Baru2 ini saya  mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis  tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya  mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa  waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap  hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan  bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah  dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu  kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus  terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga  makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik  tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat  saya.
Baginya, dia kadangkala ingin  bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila  berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani  memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik,  perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan  saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat  biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut  pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari,  Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan  berkain batik.
Hari2 melihat saya dia  merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula  hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman  wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang  tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai  fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila  bersama wanita tersebut.
Memang saya akur  tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini,  kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak  mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah  hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi  dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita  menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya  telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk  meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit  separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan  sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam  untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS  (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.  Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan  bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian  cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian  dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah  dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
"Bagi  lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya  pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah  kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah  keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."
by Mohd Azli Afandi
No comments:
Post a Comment