Siti Nur Bahyah berkata,
1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji'  iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam  semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila  diberi pertolongan.
2) PELUK
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu
sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) PERHATIAN
'Perhatian'  adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian  boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku  Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan
Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) PERGAULAN
Menurutnya,  P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri  mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.
7) PERCUTIAN
Beliau  berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang  percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada  kesibukan dan kehidupan rutin.
8) PERMOHONAN
Katanya, P  yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya  merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi  daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah  juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan  hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca  surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi  mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya,  apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia  akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika  kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai  akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap  keluarga," katanya..
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"
No comments:
Post a Comment