Kepada   ibu-ibu yang menyusukan anak walaupun dah bermacam-macam usaha anda   lakukan untuk memastikan susu sentiasa cukup dan meriah tapi jangan lupa   untuk berdoa. Kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang  telah  ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita dan dari Dia jugalah  kita  memohon agar murah rezeki susu untuk anak kita..InsyaAllah..
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat ; al-Kautsar   juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam  hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan  susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu  semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga  tafsiran  ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60.   Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga   Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg   cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya)   70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan   subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam   segelas air lalu diminum.
Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Ingat   tak 3 Perkara yang selalu Iffa tekankan untuk sukses dalam BF? Meh   remind sekali lagi.. Dr Fadhilah Kamsah kate perlu remind 200 kali  baru   orang boleh ingat.
- Fahami "Supply On Demand" Konsep..Lagi byk stimulasi & pengosongan breast dibuat, lebih banyak signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.
 - Well Balance Diet and Healthy life style. Ambil makanan yang seimbang yang memenuhi nutrisi yang diperlukan ibu yang menyusukan anak. Jauhi stress atau atasinya dengan positif!
 - Doa...doa...doaa... tidak boleh tinggal ye.. setiap usaha harus disulami dengan doa dan bertawakal kepadanya dan juga ISTIQAMAH!
 


No comments:
Post a Comment