Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena  sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.  Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi  membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
Nabi saw. bersabda,  “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan  memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1.  Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia  daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa  daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3.  Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada  kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4.  Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita  kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa  dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan  anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf  dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang  kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka  akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa  mereka akan diampuni oleh Allah.
No comments:
Post a Comment