SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau            MERUNGUT
Satu hari saya bertemu dengan      seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya      kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”
Sebenarnya saya tahu tujuan  pertanyaan Wardah      bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling       memperingatkan diri agar  berhati-hati  dan  teliti dalam      menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.      
Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim      sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu,      puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah       bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.      
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu,      terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.      
Nabi Ibrahim     :  Siapakah      kamu? Menantu                 :  Aku isteri Ismail. Nabi      Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail?      Menantu                 :  Dia pergi berburu. Nabi      Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu      sekeluarga? Menantu                 : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak                                  pernah senang dan lapang. Nabi      Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu       balik,  sampaikan  salamku padanya.                                  Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai      kiasan                                  supaya   menceraikan isterinya). Menantu                 :  Ya, baiklah.      
Setelah Nabi  Ismail  pulang       daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua      yang telah singgah di rumah mereka.      
Nabi Ismail       :      Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? Isteri                      :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail       :  Apa      jawapanmu? Isteri                      :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu      dalam                                 kesempitan, tidak pernah senang. Nabi      Ismail       :  Adakah dia berpesan      apa-apa? Isteri                      :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam                                      kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.      Nabi Ismail            :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia       menyuruh  kita berpisah.                                 Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.      
Ismail  pun  menceraikan isterinya       yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta      tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup       pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.      
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin      lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi      ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya.      Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak      mengenali.      
Nabi Ibrahim     :  Dimana      suamimu? Menantu                 :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan      hidupmu sekeluarga?                                  Mudah-mudahan dalam kesenangan? Menantu                 :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan      sejahtera,                                  tiada apa yang kurang. Nabi      Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu.      Menantu                 :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya       hidangkan                                  sedikit  makanan. Nabi      Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu      hidangkan? Menantu                 :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.      Nabi Ibrahim     :       (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka                                       dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini,                                  Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah                                  berkat doa Nabi Ibrahim). Nabi      Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu       pulang,  sampai- kan salamku                                  kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya                                       sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).      
Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu,      seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang      mencarinya.      
Nabi Ismail            :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? Isteri                      :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan      perwatakannya                                 sepertimu. Nabi      Ismail       :  Apa katanya?      Isteri                      :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail       :  Apa      jawapanmu? Isteri                      :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada                                      apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.      Nabi Ismail            :  Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri                      :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu                                      mengekalkan tiang pintu rumahmu. Nabi      Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya      dialah ayahku. Tiang  pintu yang                                 dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku                                 kekalkan. Isteri                      :  Alhamdulillah, syukur.      
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah      ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga       tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri       ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa       perlukan  kesabaran.      
Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan      kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di      hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap      kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri      salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah      hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun       susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti      firman-Nya yang bermaksud:      
“Sesungguhnya  jika  kamu       bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan      jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat      pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)      
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi      isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:      
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui      daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta      mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan      Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan      demikian.”      
(Riwayat Al-Bazzar dan      Ath-Thabrani)
Begitulah,       untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri salehah,       hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan       kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah      sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.
No comments:
Post a Comment