Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
  
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk  bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas  segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada  bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan  menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala  oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.  Jika  dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah  atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di  dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup  Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari  khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan  dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah  bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan  (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan  rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan  kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada  bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum  berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,  diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah  Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan  Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa  yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian  Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan  Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas  segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti  kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas  bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya  dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul  Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada  Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah  malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah  sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu,  kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka  terhadap ibubapa.
indahnya bulan ini :)
ReplyDelete