Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
  
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk  bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas  segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada  bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan  menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala  oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.  Jika  dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah  atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di  dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup  Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari  khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan  dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah  bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan  (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan  rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan  kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada  bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum  berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,  diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah  Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan  Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa  yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian  Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan  Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas  segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti  kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas  bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya  dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul  Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada  Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah  malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah  sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu,  kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka  terhadap ibubapa.
Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc
Thursday, June 21, 2012
Bulan Syaaban
Pendahuluan
Erti                        Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat                        Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa                        kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. 
Dan                        apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu                        sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang                        pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara                        hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya                        kepada sahabat-sahabatnya,
 “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat                      Syaaban  
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
- Memperbanyakkan                              puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu                              bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa                              sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan                              yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku                              umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa                              sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban                              ini. 
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
 - Memperbanyak                              doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.                              Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan                              bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya                              serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah                              Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya                              di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."                              (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 
 - Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
 
Fadhilat Bulan Syaaban
Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang  seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang  diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan  ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi  ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini  bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan  bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala  kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada  mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan. 
Salah  satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya  diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada  bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya  lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada  bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh  Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan  untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini  untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya  mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah  tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu,  tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah  yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika  Allah meredhai amalan mereka. 
Kelebihan yang  Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang  ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan  kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan  Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan  Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan  dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W.  memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini  diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah.  Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal  ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
Antara  amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa.  Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana  ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang.  Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika  dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W  bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan  Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah  Yusuf di dalam syurga. 
Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi  Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini,  dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam  kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan  aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya. 
Dalam  sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud,  Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan  Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan  mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan  sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah  antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa  dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah  puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. 
Seterusnya  bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang  beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu  yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10  Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya,  iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. 
Di  samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan  memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul  S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang  malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan  pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa,  sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah  mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan  dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan  riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu  domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan.  Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka  benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya. 
Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.
Sumber dr http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec&key=660&cmd=resetall
Kelebihan Bulan SyaaBan
Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :   
- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
 - Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
 - Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
 - Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
 - Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
 
Wednesday, June 20, 2012
RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
Tahan marah
Nabi bersabda, “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw., “Berilah saya nasihat”. Nabi bersabda, “Tahan marah”. Lelaki itu ulangi permintaannya dan Nabi tetap menjawab, “Tahan marah”. (HR. Bukhari).
Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani, Shohih)
Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)
Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)
Nabi bersabda: "Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
Puasa di bulan sya'ban
Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya‘ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban." (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata: Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (HR An-Nasa’i)
Puasa di bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam dan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah sunat.
Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.
4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.
6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).
Sumber: http://www.yussamir.com
Panduan tidak sombong
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena  sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.  Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi  membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
Nabi saw. bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Nabi saw. bersabda, “Dianggap sebagai takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain”. (HR Muslim).
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Kelebihan Berselawat
Dari  Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar  seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada  Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu  Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian  orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau  pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak  berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada  Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya  bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan  Termidzi)Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)
Kelebihan Bersedekah
Allah  Ta’ala berfirman: "Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan  Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian  daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah  kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu  jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan  mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan  memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya,  lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267) Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)
Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)
Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)
Allah Ta’ala berfirman: “Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki”. (Saba’ ayat 39).
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)
Nabi saw. bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614)
Nabi saw. bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873)
Jangan Bakhil
Bakhil ialah kedekut atau kikir atau lokek. Nabi saw. bersabda, "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah! Binasakanlah harta orang-orang yang kedekut.’” (HR Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda, ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)
Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (HR Tirmidzi)
Firman Allah, "Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi". (Ali-Imran ayat 180)
Firman Allah, "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari sifat bakhil maka itu lah orang yang berjaya." (al-Hasyr ayat 9)
Hukum minum berdiri
Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang minum sambil berdiri" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri" beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.
Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.
Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)"
Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.
Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri.
Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)
Doakan ibu bapa

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya : Sesungguhnya seseorang itu ditinggikan darjatnya, lalu dia berkata: Dari manakah semua ini ? Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)
Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang

Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)
Doa Elak Musibah
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’  (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang  ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha  Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka  dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya  di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan  izin Allah.” (HR Ahmad no 497)Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah mendadak, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.
Subhanallah.
Ayat Kursi paling agung dalam Al-Quran
FIRMAN  Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan  Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak  mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.  Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah  mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak  mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang  dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak  merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha  Besar" (al-Baqarah: 255).Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.
Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.
Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.
Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.
Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).
Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).
Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.
Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.
Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.
Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).
Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."
Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).
Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).
Oleh ABDUL RASHID AHMAD
Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Ayat seribu dinar
Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.
Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.
Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.
Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MEMAHAMI MAKSUD DAN MENGAMALKAN kandungan ayat ini.
*
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga :

Terjemahannya :
Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki dan mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadilah orang yang TAQWA dan TAWAKKAL kepada ALLAH.
Wallahhu a'lam (Allah lebih mengetahui)
Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.
Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.
Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MEMAHAMI MAKSUD DAN MENGAMALKAN kandungan ayat ini.
*
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga :

Terjemahannya :
Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki dan mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadilah orang yang TAQWA dan TAWAKKAL kepada ALLAH.
Wallahhu a'lam (Allah lebih mengetahui)
Amalan Bangun Tidur

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda akan membaca Alhamdulillahil lazi ahyana ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan(tidur) kami dan kepadaNya tempat kembali). (HR Bukhari)
Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ciri wanita solehah
 Rasulullah  saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap  hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan  seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih  (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi  kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR.  Muslim) 
    Ciri wanita solehah
Tidak  banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk  menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang  penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu  memenuhi 2  syarat sahaja, iaitu:1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
Isteri Solehah
SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau            MERUNGUT
Satu hari saya bertemu dengan      seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya      kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”
Sebenarnya saya tahu tujuan  pertanyaan Wardah      bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling       memperingatkan diri agar  berhati-hati  dan  teliti dalam      menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.      
Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim      sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu,      puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah       bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.      
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu,      terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.      
Nabi Ibrahim     :  Siapakah      kamu? Menantu                 :  Aku isteri Ismail. Nabi      Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail?      Menantu                 :  Dia pergi berburu. Nabi      Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu      sekeluarga? Menantu                 : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak                                  pernah senang dan lapang. Nabi      Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu       balik,  sampaikan  salamku padanya.                                  Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai      kiasan                                  supaya   menceraikan isterinya). Menantu                 :  Ya, baiklah.      
Setelah Nabi  Ismail  pulang       daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua      yang telah singgah di rumah mereka.      
Nabi Ismail       :      Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? Isteri                      :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail       :  Apa      jawapanmu? Isteri                      :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu      dalam                                 kesempitan, tidak pernah senang. Nabi      Ismail       :  Adakah dia berpesan      apa-apa? Isteri                      :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam                                      kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.      Nabi Ismail            :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia       menyuruh  kita berpisah.                                 Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.      
Ismail  pun  menceraikan isterinya       yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta      tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup       pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.      
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin      lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi      ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya.      Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak      mengenali.      
Nabi Ibrahim     :  Dimana      suamimu? Menantu                 :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan      hidupmu sekeluarga?                                  Mudah-mudahan dalam kesenangan? Menantu                 :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan      sejahtera,                                  tiada apa yang kurang. Nabi      Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu.      Menantu                 :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya       hidangkan                                  sedikit  makanan. Nabi      Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu      hidangkan? Menantu                 :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.      Nabi Ibrahim     :       (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka                                       dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini,                                  Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah                                  berkat doa Nabi Ibrahim). Nabi      Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu       pulang,  sampai- kan salamku                                  kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya                                       sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).      
Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu,      seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang      mencarinya.      
Nabi Ismail            :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? Isteri                      :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan      perwatakannya                                 sepertimu. Nabi      Ismail       :  Apa katanya?      Isteri                      :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail       :  Apa      jawapanmu? Isteri                      :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada                                      apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.      Nabi Ismail            :  Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri                      :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu                                      mengekalkan tiang pintu rumahmu. Nabi      Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya      dialah ayahku. Tiang  pintu yang                                 dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku                                 kekalkan. Isteri                      :  Alhamdulillah, syukur.      
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah      ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga       tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri       ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa       perlukan  kesabaran.      
Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan      kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di      hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap      kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri      salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah      hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun       susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti      firman-Nya yang bermaksud:      
“Sesungguhnya  jika  kamu       bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan      jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat      pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)      
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi      isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:      
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui      daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta      mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan      Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan      demikian.”      
(Riwayat Al-Bazzar dan      Ath-Thabrani)
Begitulah,       untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri salehah,       hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan       kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah      sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.
Subscribe to:
Comments (Atom)



