Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc

Thursday, May 17, 2012

Puding Jagung

ni antara my hubby fav.. da sekian lama peram jagung cream.. hihihi.. finally wat gak..



Resipi asal dr F&N (myresipi)
 
BAHAN - BAHAN
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis / 425g - sukatan erni
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair / 400g (1 tin) - sukatan erni

CARA - CARA
1. Campurkan semua bahan & gaul sebati.
2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat & berkilat.
3. Tutup api & angkat.
4. Sejukkan di dalam loyang / acuan.
5. Boleh dihias dengan ceri sebagai penyeri.

Selamat Mencuba...
:)

Tuesday, May 8, 2012

KEK LAPIS KENYALANG

SUMBER DR http://dayangjack.blogspot.com/

Mmg sedap.. thanks to kak dayang... most of her recipe so delicious.. 



Bahan-bahan
10 biji telur A
300g tepung hongkong / gandum
500g butter
160g gula kastor
340g susu pekat manis
150g horlicks
150g jem strawberry
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna merah, kuning & hijau

Cara-cara
1. Pukul telur, gula, dan ovalette hingga kembang.
2. Dlm bekas lain, pukul butter & susu pekat sehingga putih krim.
3. Satukan mentega & telur. Sebatikan.
4. Masukkan jem dan horlick. Putar sebati.
5. Masukkan tepung & esen vanila. Kacau sebati.
6. Asingkan 12 senduk & ketepikan. 2 senduk untuk setiap lapisan. 3 lapisan atas & 3 lapisan bawah.
7. Lebihan adunan di bahagi kepada 3 dan di warnakan setiap satu bahagian dengan warna merah, kuning & hijau. Di masukkan ke dalam beg paiping.
8. Loyang di gris butter.
9. Tuangkan 2 senduk dan bakar hingga masak. buat 3 lapisan.
10. Paipkan secara menyerong secara berselang - seli hingga menutup lapisan bawah. Bakar selapis - selapis hingga habis.
11.  Tutup dengan lapisan kosong sebanyak 3 lapisan.
12. Setelah masak bakar lagi 10 minit dengan api atas bawah.

Tara..!!!!!!!!!!!! da siap...
Selamat Mencuba.. 

Ikan Masak Lemak Pekat

ini antara fav kami sekeluarga..
mudah & simple sahaja..





Bahan-Bahan
4 ekor ikan
1 kotak santan / 1 biji santan pekat
1/2 cawan air
1-2 biji bawang merah, di mayang kasar
3 biji bawang putih, di mayang kasar
4-5 biji cili padi, di belah dua
1/2" halia, di mayang kasar
Minyak untuk menggoreng
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

1. Ikan di bersihkan & di goreng garing dg kunyit & garam.
2. Buangkan minyak ikan yg di goreng td & di tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, & cili padi sehingga layu. Masukkan santan & air.
4. Masak hingga mendidih & masukkan ikan & gaul rata.
5. Tutup api & hidangkan.

 Tara!!!!!!!!!!!!! da siap da ikan nya... simple kn.. bole la olah kan ikan goreng tu bila da goreng xde org makan.. hihihi.. salah satu cara dr membazir...

Selamat Mencuba..

Spaghetti Bolognese

Just nk sharing resepi kat cni.. da selalu wat.. tp xde mase nk upload kat blog.. so ni untuk tetap semua n rujukkan untuk semua.


Bahan - Bahan
1/2 paket spaghetti, direbus
1 tin kecil preego tomato
1/2 tin susu cair
1 biji bawang merah, di dadu
3-4 biji bawang putih, di dadu
1 batang carrot, di dadu
1 batang sedari, di dadu
1/2 biji lada banggala hijau, di dadu
sedikit kejut parmesan
1 kiub pati daging
500g daging cincang
1 sudu kecil minyak
1 sudu besar butter
1 tin cendawan butang, di hiris
3-4 biji cili padi, di hiris (optional)
1 sudu kecil Oregano (optional)
Secukupnya garam & serbuk perasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali. Masukkan minyak & butter. Tumiskan bawang merah, bawang putih & cili padi hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging. Tumis sehingga warna bertukar.
3. Masukkan carrot dan kacau rata.
4. Masukkan susu cair. Biarkan didih.
5. Masukkan lada banggala hijau dan saderi. Kacau rata.
6. Masukkan tomato preego, cendawan butang, Oregano & kiub daging. Masak hingga mendidih dlm api sederhana perlahan. Di ingatkan kacau selalu supaya bawahnya tidak hangit.
7. Masukkan keju parmesan & letakkan garam & serbuk perasa secukupnya.
8. Tutup api & hidangkan.

Da siap da spaghettinya.. selamat mencuba untuk anda semua...
:)

Monday, May 7, 2012

Bahaya Kekurangan Zat Besi

PENING...kesihatan ibu boleh terganggu jika kekurangan zat besi.
PENING...kesihatan ibu boleh terganggu jika kekurangan zat besi.
RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

LESU...kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.
PUCAT...ibu mengandung perlu zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:



  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil




  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak




  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak




  • Ibu yang menyusukan bayinya


    Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

    Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

    Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

    Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

    Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

    Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

    Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

    Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

    “Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

    “Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

    Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

    Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

    Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

    Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

    Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

    “Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

    “Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

    “Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.


    Memahami anemia dan kehamilan

    Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

    Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

    Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

    Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
    Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.


    Pengesanan

    Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

    Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

    Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

    Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.





  • Sumber dr http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/index_html