Kacang Pool
Bahan - Bahan :
1 biji Bawang Merah
4 biji Bawang Putih
1 sudu kecil Ketumbar Halus
1 sudu kecil Jintan Manis Halus
1 sudu kecil Jintan Hitam Halus
Minyak untuk menumis
200g daging cincang
1 tin besar kacang merah (red bean) - Maaf lah kacang phool nye xde tu yg gantikan dg red bean.
Cara - cara:
1. Bawang merah & bawang putih di potong dadu.
2. Panas minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan manis & jintan hitam hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan gaul rata. Masak sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang merah dan gaul rata.
5. Masak sehingga sebati semua bahan.
Bahan Lain
Telur goreng
Bawang merah di potong dadu
Lada hijau di hiris
Roti di bakar dengan sedikit margerin.
Tara.... da siap da..
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment