HILANGKAN HANYIR AYAM
Untuk menghilangkan bau hanyir ayam, tumbuk halia hingga lumat dan perah sebiji limau nipis. Gaulkan bahan bersama ayam dan perap sehingga beberapa minit. Hasilnya, hidangan ayam anda juga akan lebih enak.MENGURANGKAN MASIN IKAN KERING
Jika anda mendapati ikan kering terlalu masin, rendamkannya di dalam air beras. Biarkan seketika dan kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.JANTUNG PISANG TIDAK HITAM
Bagi penggemar ulam jantung pisang, tentunya lebih enak jika jantung pisang direbus cantik. Bagi tujuan itu, rebus jantung pisang bersama pucuk ubi. Selain jantung pisang nampak elok, pucuk ubi juga boleh dijadikan ulaman.HILANGKAN RASA PAHIT PERIA
Peria boleh dihilangkan rasa pahit jika kena caranya. Anda boleh merendamkannya dalam air garam selama 10 minit. Alternatif lain anda boleh mencuba merendamkan peria di dalam air kelapa atau basuhan beras.AGAR IKAN KELI CEPAT MATI
Untuk mempercepatkannya ikan keli mati masukkan ikan ini ke dalam bekas tanpa air. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan bubuh dalam bekas ikan keli tersebut.ENAKKAN SAMBAL TUMIS
Keenakan sambal memang membangkitkan selera jika rasanya seperti yang anda gemari. Bagaimana untuk menjadikan sambal anda sentiasa sedap dan enak? Mudah sahaja, ketika menumbuk bawang, masukkan sedikit belacan bersama gula melaka dan biarkan ditumbuk sehingga sebati. Apabila ditumis, biarkan sehingga naik baunya kemudian barulah dimasukkan cili dan biarkan sehingga pecah minyaknya. Cuba dan rasakan perbezaannya.AIR KELAPA PENYEDAP
Kesedapan pulut panggang bergantung kepada intinya selain pulut yang lembut dan menaikkan rasa. Tahukah anda bahawa untuk menjadikan inti kelapa ini bangkit lebih enak ialah dengan menambahkan sedikit air kelapa yang dimasak bersama-sama kelapa parut dan bahan inti lain. Gabungan air kelapa ini ternyata lebih enak berbanding air biasa. Cubalah dan lihat hasilnya.DAUN PANDAN WANGIKAN NASI
Untuk menghasilkan nasi yang wangi , masukkan secubit garam dan sehelai daun pandan ketika menanak nasi. Nasi bukan sahaja wangi tetapi lebih enak.KILATKAN PERIUK & KUALI
Selepas memasak pasti kita akan berdepan dengan masalah periuk dan kuali yang kehitaman dan sukar untuk dibersihkan. Petua menggunakan sabun mandi sebenarnya mampu mengatasi masalah ini. Caranya ambil sabun mandi buku dan gosokkan belakang periuk di bawah air yang mengalir. Sental sehingga bersih dan anda akan dapati hasilnya lebih hebat dari biasa. Selamat mencuba.CILI KERING HILANGKAN HANGIT
Memasak nasi menggunakan dapur manual, jika tidak pandai mengendalikannya akan berpotensi untuk hangit. Jangan panik apabila nasi sudah meninggalkan bau hangit ini sebaliknya ambil dua biji cili kering yang sudah dibersihkan dan letakkan di dalam periuk. Kemudian tutup nasi dan biarkan seketika sehingga baunya hilang.KURANGKAN HAMIS DAGING KAMBING
Bagi mengurangkan bau masakan daging kambing cubalah petua berikut. Setelah anda menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bersih daging dan perah limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan tos air basuhan. Daging kambing sedia untuk dimasak.LEMBUTKAN KEK YANG KERAS
Ada kalanya bila membuat kek, kek menjadi keras. Tapi jangan kecewa dan kek terus dibuang. Sebenarnya masih ada cara untuk memperbaikinya. Ikuti cara berikut, biarkan kek keras tadi menjadi sejuk terlebih dahulu. Kemudian bungkus dengan plastik yang kedap udaradan biarkan semalaman. Keesokan harinya, buka bungkusan dan panaskan seketika menggunakan ketuhar.
BROKOLI KEMBALI SEGAR
Brokoli yang sudah kuning setelah disimpan berhari-hari masih boleh digunakan. Caranya dengan memasukkan brokoli di dalam mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli tenggelam dalam air yang penuh dan biarkan selama satu jam. Brokoli akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak.KENTANG GORENG LEBIH RANGUP
Inginkan kentang goreng yang rangup seperti di restoran makanan segera? Tidak sukar. Petuanya dengan merendamkan kentang yang dipotong itu ke dalam air sejuk selama setengah jam. Tos dan kemudian gorengkan kentang tersebut. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.HILANGKAN RASA PAHIT BUNGA BETIK
Bunga betik memang enak rasanya jika kita tahu cara menyediakan hidangannya tanpa meninggalkan rasa pahit. Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus bunga betik ini bersama beberapa keping asam keping. Biarkan bunga betik bertukar warna kekuningan dan tos airnya. Kemudian barulah dimasak seperti biasa. Selamat mencuba.ELAK BISKUT LEMAU
Biskut yang disimpan di dalam bekas kadangkala mudah lemau. Bagi mengelakkan ia berlaku sebelum menyimpan biskut, taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas berkenaan. Kemudian barulah masukkan biskut dan tutup ketat.MENYEDAPKAN TEMPOYAK IKAN PATIN
Bagi menyedapkan hidangan tempoyak ikan patin cuba petua ini. Basuh ikan patin dengan cuka dan tos. Tumbuk kunyit hidup, cili api, bawang merah, bawang putih dan garam. Kemudian perapkan bahan tumbuk dan daun kesum bersama ikan patin selama 15 minit. Barulah dimasukkan tempoyak, ikan dan air.LAMBATKAN NASI BASI
Beras yang tidak dicuci dengan bersih cenderung untuk basi lebih cepat. Namun bukan hanya cara dibersihkan, faktor lain seperti jenis beras itu sendiri turut menjadi faktor utama nasi cepat basi. Namun pasti ada cara untuk mengatasi masalah ini bukan? Garam yang mudah didapati di rumah sebenarnya bahan paling mudah untuk mengatasi masalah ini. Masukkan secubit garam ke dalam nasi dan biarkan masak seperti biasa. Lihat sendiri hasilnya?ELAK BELAKANG PERIUK HITAM
Setiap kali memasak pasti anda akan berasa runsing untuk menyental belakang periuk yang hitam. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda menanggalkan kesan hitam ini dengan cara menyapukan minyak sebelum proses memasak. Selepas memasak sental seperti biasa dan anda akan dapati ia lebih mudah dihilangkan. Cubalah!LAZATKAN LAUK NASI DAGANG
Adakah anda tahu bahawa dengan memasukkan batang tebu ke dalam air rebusan ikan tongkol lebih menaikkan rasa enak kuah nasi dagang? Masukkan belahan tebu yang dipotong ke dalam air rebusan ikan kemudian tambahkan dengan asam jawa dan juga garam. Rasakan keenakannya.MUDAH KUPAS BADAM
Cara yang mudah bagi menanggalkan kulit badam ialah dengan merendamkan badam terlebih dahulu di dalam air panas. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Angkat dan tos. Kemudian barulah dikupas kulit badam tersebut.IKAN KELI MUDAH DISIANG
Ikan keli sukar untuk dimatikan. Cara mudah untuk melemahkannya ialah dengan merendamkan ikan keli di dalam air garam selama 20 hingga 30 minit.ELAK PUDING LEMBIK
Untuk menghasilkan puding yang tidak terlalu lembik atau keras, ikuti petua ini. Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam bancuhan. Kemudian, masak puding seperti biasa.KENTANG TAHAN LAMA
Kentang akan layu sekiranya terlalu lama disimpan. Untuk mengatasnya, belilah kentang yang segar dan baik. Setelah itu, rendam kentang dalam air panas sebentar. Angkat dan tos. Kentang akan tetap segar meskipun lama disimpan.HILANGKAN BAU REBUNG
Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan, cuba petua ini. Campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung. Cara ini juga menjadikan masakan rebung anda bertambahenak.
MARJERIN ENAKKAN KEREPEK
Pasti ramai yang gemar snek tempatan seperti kerepek pisang dan kerepek ubi. Rasanya yang rangup ditambah pula warnanya kuning keemasan pasti menarik selera. Namun untuk menjadikan rasa kerepek yang digoreng enak dan kuning warnanya, jangan lupa masukkan dua atau tiga helai sudu marjerin ke dalam mangkuk gorengan. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.JADIKAN KARI LEBIH ENAK
Selain masakan lemak, gulai atau kari juga menjadi hidangan paling enak untuk masakan tengah hari. Namun ada kalanya rempah yang anda beli di kedai mungkin kurang enak jika anda memasaknya tanpa menambah sedikit ramuan ke dalamnya. Bagi menjadikan kari lebih enak, campurkan sedikit ketumbar dan sebiji bawang putih ketika kari anda menggelegak dan hendak diangkat. Hasilnya kari anda akan lebih enak dan berperisa.ELAK IKAN REBUS HANCUR
Ramai di antara kita yang suka makanan yang tidak bergoreng seperti ikan rebus. Namun tidak ramai yang tahu cara supaya ikan rebus yang lebih pejal, enak dan tahan lama. Anda boleh menggunakan petua ini. Rebus ikan yang sudah dibersihkan dengan air asam jawa, cuka dan garam. Kemudian ketepikan. Apabila sejuk, simpan dalam peti ais dan cara ini akan dapat elakkan ikan rebus mudah hancur malah rasanya juga lebih enak.HILANGKAN BAU KURANG ENAK PETI SEJUK
Isi kandungan makanan yang pelbagai dalam peti sejuk boleh menimbulkan bau kurang enak. Walau bagaimanapun ada cara untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan meletakkan hirisan buah oren dalam peti sejuk berkenaan. Apabila hirisan tersebut mengering, tukar kepada hirisan yang baru pula. Begitulah seterusnya. Usah ragu-ragu untuk mencuba cara ini kerana bukan sahaja mudah tetapi menjimatkan.
1. Bersihkan kentang dan kupas kulitnya.
2. Masukkan ke dalam periuk.
3. Rebus beberapa minit dan kesan kerak akan hilang.
Jangan panik dengan keadaan ini sebaliknya gunakan petua ini untuk menyelamatkan keadaan.
Ambil kelapa parut dan bunjutkan ke dalam kain yang diikat kemas kemudian rendamkan ke dalam menu berkuah.
Biarkan seketika sehingga kuahnya menjadi seimbang. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan:
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
Sayur-sayuran yang disimpan lama di dalam peti sejuk biasanya akan menjadi layu dan mudah busuk. Petua ringkas ini mampu memanjangkan jangka hayat sayur yang disimpan di dalam peti sejuk. Sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan anda simpan lebih lama tanpa anda sedari. Selamat mencuba.
HALIA ELAK PERUT SEBU
Bubur kacang hijau enak dimakan pada waktu petang. Namun ada kalanya akan menyebabkan perut menjadi sebu jika dimakan banyak. Bagi mengatasi masalah ini, semasa merebus kacang hijau, campurkan dua hiris halia. Bubur kacang hijau anda bukan sahaja enak dimakan tetapi aromanya juga enak serta dapat mengelakkan perut menjadi sebu.HILANGKAN KERAK PERIUK
Periuk kadangkala meninggalkan kesan kerak kekal di tepinya, kesan daripada proses memasak. Tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk menanggalkannya. Aplikasikan petua ini di rumah.1. Bersihkan kentang dan kupas kulitnya.
2. Masukkan ke dalam periuk.
3. Rebus beberapa minit dan kesan kerak akan hilang.
MEMBERSIHKAN MINYAK GORENGAN
Minyak yang telah digunakan dua hingga tiga kali biasanya akan menjadi kehitaman dan tidak elok untuk digunakan lagi. Namun jika anda masih mahu menggunakannya, cubalah petua mudah ini. Ia mampu menjadikan minyak anda kembali cerah.- Masukkan asam keping ke dalam minyak.
- Biarkan beberapa minit dan bolehlah terus menggoreng.
KILATKAN PERIUK & KUALI
Selepas memasak pasti kita akan berdepan dengan masalah periuk dan kuali yang kehitaman dan sukar untuk dibersihkan. Petua menggunakan sabun mandi sebenarnya mampu mengatasi masalah ini. Caranya ambil sabun mandi buku dan gosokkan belakang periuk di bawah air yang mengalir. Sental sehingga bersih dan anda akan dapati hasilnya lebih hebat dari biasa. Selamat mencuba.LEMBUTKAN DAGING
Merebus daging memang mengambil masa yang agak lama untuk menjadi empuk. Petua mudah mempercepatkan daging menjadi empuk ini patut anda cuba. Masukkan sudu besi ke dalam air rebusan daging dan biarkan sehingga lembut. Hasilnya ternyata daging masak lebih pantas dari biasa.KURANGKAN MASIN
Ada kalanya nasib tidak baik, kita terlajak meletakkan garam yang berlebihan dalam menu berkuah.Jangan panik dengan keadaan ini sebaliknya gunakan petua ini untuk menyelamatkan keadaan.
Ambil kelapa parut dan bunjutkan ke dalam kain yang diikat kemas kemudian rendamkan ke dalam menu berkuah.
Biarkan seketika sehingga kuahnya menjadi seimbang. Selamat mencuba.
ELAK BEKAS BERBAU
BAHAN-BAHAN:
- Bekas kaca
- Surat khabar
- Air secukupnya
- Masukkan air dalam
- Gunting surat khabar menjadi kepingan kecil. Letakkan dalam bekas berisi air.
- Biarkan terendam selama 3 jam dan bilas bersih.
KURANGKAN LALAT HINGGAP MAKANAN
BAHAN-BAHAN:
- Bunga lawang
- Kulit kayu manis
- Sediakan uncang kayu manis dan bunga lawang.
- Letakkan pada bahagian dapur.
- Boleh juga terus meletakkan pada dapur.
CUKA BERSIHKAN PERMUKAAN DAPUR
BAHAN-BAHAN:
- Cuka
- Pencuci
- Campurkan cuka bersama pencuci. Basahkan tisu dan bersihkan keliling dapur
- Bersihkan permukaan dapur dan biarkan kering
KEKALKAN KESEGARAN UDANG
Bahan-bahan:
- Limau nipis
- Hiris limau nipis.
- Perahkan air limau nipis ke atas udang.
- Tutup dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais.
ATASI NASI MENTAH
Kadangkala disebabkan kelalaian atau mahu tergesa-gesa, nasi yang disukat lari pula dari sukatan asalnya hingga menyebabkan nasi mentah. Sekiranya nasi tidak cukup masak atau mentah, janganlah risau kerana masalah ini masih boleh diatasi. Cubalah petua ini.SAYUR KEKAL SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- Sayur
- Bekas bertutup
CARA MEMBUAT:
- Basuh sayur bersih.
- Masukkan ke dalam bekas bertutup.
- Tutup rapat bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
Sayur-sayuran yang disimpan lama di dalam peti sejuk biasanya akan menjadi layu dan mudah busuk. Petua ringkas ini mampu memanjangkan jangka hayat sayur yang disimpan di dalam peti sejuk. Sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan anda simpan lebih lama tanpa anda sedari. Selamat mencuba.
KAIN PENGELAP BERSIH & HARUM
BAHAN-BAHAN:
- Soda Bikarbonat
- Cuka
- Air
- Kain Pengelap
- Masukkan soda bikarbonat ke dalam air panas.
- Masukkan sedikit cuka.
- Rendamkan kain.
- Biarkan rendam semalaman dan bilas.
Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
HILANGKAN PAHIT PERIA
BAHAN-BAHAN:- Peria
- Garam
CARA MEMBUAT:
Peria sememangnya pahit dan cukup sensitif jiwa kita tiada ilmu untuk memasaknya. Petua mudah ini mampu menghilangkan rasa pahit pada buah peria. Cubalah.
PETAI LEBIH RANGUP & KURANG BAU
Bahan-bahan:1. Petai
2. Air kapur
Cara-cara:
1. Kupas kulit petai
2. Rendamkan ke dalam air
3. Tuangkan air kapur dan biarkan direndam selama 15 minit kemudian bilas
BAWANG DISIMPAN TAHAN LAMA
Bahan-bahan:
- Bawang besar dan bawang putih
- Plastik
1. Kupas bawang
2. Masukkan ke dalam plastik
3. Simpan kemas dan simpan dalam peti ais
Biasanya untuk menjimatkan masa memasak, bawang terlebih dahulu dikopek dan disimpan di dalam peti ais. Pun begitu bawang biasanya akan menunjukkan tanda layu dan tidak tahan lama. Cuba petua ini untuk memastikan bawang kekal segar walaupun disimpan lama di dalam peti sejuk.
ELAK KENTANG LEBAM
BAHAN-BAHAN:
- Ubi kentang
- Garam
- Air
- Masukkan satu sudu garam dalam air.
- Kupas kulit kentang.
- Masukkan ke dalam air rendaman dan kemudian bilas bersih.
HINDARKAN KUTU BERAS
Bahan-bahan:- Daun limau purut
- Beras
Cara-cara:
- Carik atau ketuk-ketukkan daun limau purut
- Masukkan ke dalam bekas berisi beras
- Tutup rapat
Beras sememangnya cukup mudah diserang kulapuk dan hama jika disimpan terlalu lama. Cara mudah menggunakan daun limau purut ini mampu membantu masalah kulapuk pada beras.
TANGGALKAN BIJI CILI
Bahan-bahan:
- Cili Kering
- Geselkan cili kering pada tangan
- Potong dengan gunting.
Biji cili sememangnya amat berbahaya terhadap kesihatan kita. Cara untuk membuang biji cili ini adalah dengan mengasingkannya daripada tangkai. Cuba geselkan cili dengan tangan dan lihatlah hasilnya.
macam mane ni bagi ikan tahan lama kalau x ade peti ais ?
ReplyDelete