Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc

Thursday, December 29, 2011

Komplikasi Kelahiran Kembar

Kelahiran pra-matang

Kebanyakkan kehamilan berakhir pada 38-42 minggu tetapi bagi kebanyakkan kelahiran kembar, ia selalunya berakhir 2-3 minggu lebih awal.

Bayi tidak cukup bulan

Sekiranya kelahiran pra-matang gagal dicegah, bayi akan lahir terlalu awal dan terpaksa menghadapi pelbagai komplikasi bayi pra matang: ini termasuk, kekurangan berat badan, paru-paru dan organ-organ lain yang tidak matang, masalah pernafasan dan penghadaman. Komplikasi jangka panjang pula, masalah kesukaran belajar dan tumbesaran.

Tekanan darah tinggi

Mereka yang mengandung kembar lebih kerap akan mendapat darah risiko tekanan darah tinggi semasa hamil. Doktor selalunya akan memberi perhatian yang teliti untuk mengesan komplikasi awal yang boleh membawa akibat yang buruk kepada ibu dan anak.

Kencing manis

Mereka yang hamil kembar juga lebih berisiko untuk mendapat kencing manis. Kencing manis semsa mengandung boleh menyebabkan kerosakan pada uri dan meningkatkan risiko kesukaran pernafasan pada bayi.

Transfusi kembar ke kembar (Twin To Twin Transfusion)

Bagi kembar seiras, ada kemungkinan terdapat ketidakseimbangan pengaliran darah dimana satu bayi mendapat terlalu banyak darah dan satu lagi mendapat kurang darah. Ini terjadi disebabkan pembentukkan salur darah tidak normal didalam uri. Sekiranya ini terjadi, risiko kelahiran pra-matang akan menjadi tinggi kerana doktor akan cuba menyelamatkan kedua-dua bayi dengan mempercepatkan kelahiran mereka kerana lebih lama bayi berada dalam kandungan, lebih tinggi risiko untuk kematian bayi.

Pembedahan caesarean

Kemungkinan untuk melahirkan secara normal tetap ada terutama apabila kedua-dua kepala bayi berada dikedudukan bawah. Dalam keadaan tertentu, komplikasi berlaku selepas kelahiran kembar pertama menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk kembar kedua. Pembedahan caesarean adalah lebih selamat untuk kedudukan songsang atau kandungan kembar lebih dari satu.

Risiko-risiko lain

Termasuklah Placenta Preavia dan pendarahan semasa kelahiran.

Sumber dr http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/143-kehamilan-kembar.html

No comments:

Post a Comment