Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.
Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormo dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.
Risiko-Risiko
Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:- Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
- Berlebihan berat badan
- Wanita yang lebih berusia
- Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
- Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
- Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis
Bagaimana Ia Dirawat?
Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.
Sumber dr http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/144-kencing-manis-semasa-hamil.html
No comments:
Post a Comment