Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc

Sunday, November 13, 2011

5 Sikap Buruk Wajib Ditinggalkan

  1. Cemburu yang berlebihan.
  2. Membuka aib pasangan.
  3. Dikuasai perasaan hasad dengki.
  4. Keinginan melakukan kemungkaran.
  5. Sensitif dan cepat emosi.

Elak Berat Badan Berlebihan

  • Perhatikan pola pemakanan ibu.
  • Elakkan makan tergesa-gesa.
  • Teruskan aktiviti seperti biasa.
  • Ambil makanan ringan yg sihat.
  • Catat berat badan setiap minggu.
  • Ubah kebiasaan.
  • Jangan makan dua kali ganda.

5 Rahsia Kenyang Lebih Lama

Mengambil makanan yang tinggi protein, makan sayuran, makan lebih lambat, minum air dan menghindari makanan dengan kepadatan energi yang tinggi adalah cara paling efektif untuk anda merasa kenyang lebih lama.

  1. Makan sayuran yang lebih dapat mengurangi nafsu makan dan memberikan rasa kenyang yang lama.
  2. Makan makanan berprotein tinggi secara signifikannya akan meningkatkan rasa kenyang.
  3. Makan dengan perlahan supaya anda dapat menikmati rasa makanan anda serta membuatkan anda puas apabila makan.
  4. Minum air membantu penurunan berat badan melalui pengurangan nafsu makan. Minum seeloknya 2 liter air setiap hari.
  5. Elakkan makanan tinggi energi.

Cara Terbaik Tampil Sihat & Cantik

Lihat Cara terbaik dalam menjaga & menyayangi tubuh & kulit anda sekali gus memelihara tubuh untuk tampil cantik & sihat.

  1. Guna pelembap bg membantu melindungi kulit & melambatkan proses penuaan.
  2. Gunakan krim pelindung matahari (yang mengandungi < SPF 15).
  3. Pilih pembersih sesuai dengan kulit. Dengan menggunakan pembersih yg paling lembut.
  4. Guna alatan yang sesuai untuk memiliki kualiti yg baik & hasil yg memuaskan.
  5. Rawat Rambut sekurang-kurangnya 2 thn sekali.
  6. Perhatikan pemakaian bedak.
  7. Lakukan lulur. 2-3 kali seminggu.
  8. Kurangkan pemakaian bulu mata palsu.
CANTIK DI HATI;
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pila lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tuesday, November 8, 2011

Muhasabah Cinta


Malam sampaikan salam ku
Biar terubat rindu hati ku
Agar tak terseksa hati ini
Ya Allah tolong lembutkan hatinya
Agar bisa menerima salam ku ini
Berpijak pada bumi yang nyata itu memang dah pasti tanpa menoleh ke belakang walau seinci pun, namun terkadang hati ini tidak begitu kuat untuk menerimanya.
Namun sesungguhnya aku tidak pernah bersendirian didalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang kerana hati ini sentiasa di jaga dan di lindungi bahkan ketika ini walaupun hati ku telah kecewa namun aku tetap berada di samping-Nya kerna pandangan-Nya tidak pernah lari dariku walaupun sesekali aku telah melupakan-Nya.
Pasrah pada ketentuan-Nya adalah jalan sebaik-baiknya sebagai orang yang beriman. Mengapa aku harus menyerah sedangkan itu Cuma dugaan yang kecil untukku. Ku simpul keazaman di hati ini agar selalu tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.
Nyanyian rindu ini berulang lagi setiap malam, aku akan terjaga bila mengenangkan dirinya, namun aku perlu kuatkan hati agar bisa belajar untuk melupakannya, walaupun pahit aku harus menerimanya, bukan kah indahnya ujian itu dan manisnya duka itu bila mana kita dapat menerima hakikat itu yang cinta tidak harus memiliki.
Mengapa aku harus mencari cinta yang tiada hujungnya, sedangkan dihadapan ku telah ada cinta yang abadi yang sentiasa menjaga dan merawat ku, perlukah aku berpaling dari-Nya sedangkan telah ku tahu cinta-Nya mengatasi segala-galanya.
Ku memohon kepada-Nya agar aku bisa bertahan didalam setiap ujian-Nya.
Teman ku berkata kepada ku dan kata-kata ini membuat aku tersedar dari lamunan seketika. Bacalah semoga hati mu akan bertambah sejuk bila menghadapi segala kesakitan akibat cinta.
“Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu, maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah. Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya, maka bencilah kepadanya, namun jika diredhai oleh keduanya, maka cintailah dia supaya engkau tidak mencintai atau membenci kerana hawa nafsumu.”
Sesungguh aku telah lalai sekali lagi dan sesunguhnya aku telah bersedia untuk menunggu saat ini untuk bisa memperbaiki segala amalan ku apatah lagi perjalanan ku baru bermula. Ya Allah sambutlah tangan ku ini dan sesungguhnya aku menunggu diri-Mu dan cahaya kasih-Mu sepanjang masa.
Cahaya itu memanggil nama ku dan mengajak aku untuk bersama-Nya di setiap panggilan-Nya. Rindunya hati ini bila melihat cahaya cinta-Mu yang telah bermukim di hati ini untuk selamanya.
Di bulan yang mulia ini sesungguhnya aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap-Nya, tanpa cinta-Nya mungkin aku akan kandas untuk selamanya. Bangunnya aku hari ini adalah untuk-Nya selama-lamanya.
Hati ku hanya satu
Jiwa ku cuma satu
Dan sesungguhnya aku telah serahkan
Kepada yang berhak…….

10 Zulhijjah miliki banyak kelebihan, pahala digandakan

ALLAH SWT menebarkan rahmat ke atas umatnya dengan menggalakkan mereka melakukan banyak amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Di samping itu, disediakan kelebihan tersendiri pada semua ibadat.
Ibadat haji adalah ibadat jasmani dalam jangka panjang bagi menzahirkan keesaan Allah SWT. Ini dapat dilihat melalui lafaz talbiah yang diucapkan jemaah haji yang memfokuskan kepada tauhid ubudiyyah kepada Allah SWT.
Bagi mereka yang melakukan haji penuh keikhlasan dan dapat mendisiplinkan diri dengan tuntutan serta larangan akan dikurniakan ganjaran besar di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan haji serta mematuhi larangannya iaitu tidak melakukan perkara keji, tidak bercakap kotor serta tidak melakukan penyelewengan, maka dia akan kembali ke tanah air dengan bersih dan suci umpama kanak-kanak yang baru dilahirkan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Jemaah haji berkumpul di tempat mulia di sisi Allah SWT pada hari Arafah, hari paling banyak dibebaskan ahli neraka seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tiada hari yang paling banyak dibebaskan umat daripada api neraka melainkan pada hari Arafah. Mereka akan mendapat penghormatan daripada sekalian malaikat.” (Hadis riwayat Muslim)
Di tempat yang paling suci inilah jemaah haji bermunajat kepada Allah SWT. Tempat suci inilah yang menjadi asas dibina oleh Nabi Ibrahim AS dengan binaan spiritual yang kukuh berteraskan keikhlasan dan ketakwaan.
Oleh itu, Allah SWT abadikan kenangan itu hingga hari kiamat bagi menunjukkan bahawa amalan yang berkualiti di sisi Allah SWT adalah amalan yang hanya dilakukan semata-mata kerana menuntut keredaan Allah SWT.
Dengan mengenakan pakaian ihram yang sederhana, tiada sebarang wangian, maka jelaslah nafsu manusia yang menginginkan kemewahan dan kenikmatan tidak mendapat tempat di sisi Allah SWT khususnya dalam melakukan ibadat kepada-Nya.
Hajarul Aswad yang dikucup sudah pasti menggugurkan banyak noda dan dosa sehingga menjadi hitam pekat kerana menanggung dosa. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dalam keadaan putih bersih dan akhirnya menjadi hitam dengan dosa anak Adam.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Seterusnya jemaah melontar tiga Jamrah bagi menzahirkan perseteruan kuat antara iblis dan umat manusia. Iblis tidak pernah berputus asa melakukan penyesatan terhadap mereka sehingga Nabi Ibrahim terpaksa menghadapi tiga gangguan dalam usaha Baginda melakukan ibadat kepada Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu. Maka jadikanlah ia sebagai musuh kerana ia mengajak manusia menjadi penghuni neraka.” (Surah Fatir, ayat 6)
Jemaah tidak pernah dilupakan sehingga dijadikan malam mereka sebagai ibadat, ketika mabit di Muzdalifah sebahagian daripada malam serta ditambah dengan mengorbankan kekuatan anggota badan pada tawaf dan sai’. Lidah mereka basah dengan talbiah mengesakan Allah SWT.
Kehadiran 10 Zulhijjah pada setiap tahun juga akan digandakan pahala ganjaran kerana ia satu hari besar di sisi Allah SWT.
Daripada Ibnu Abbas RA, Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah SWT daripada 10 Zulhijjah.”
Antara kelebihan 10 Zulhijjah yang disebut Imam Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub ialah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami berikan masa kepada Nabi Musa selama 30 malam untuk bermunajat dan ditambahkan lagi 10 menjadi 40 malam.” (Surah Al-A’raf, ayat 142). Itulah hari-hari awal bulan Zulhijjah.
Pada 10 Zulhijjah, Allah SWT menyeru: “Wahai Malaikat, lihatlah kepada hambaku yang datang ke sini dalam keadaan kusut dan tidak terurus, mereka membelanjakan harta dan mengerah keringat yang banyak. Oleh itu saksikanlah bahawa Aku telah mengampunkan mereka.”
Doa mereka dimakbulkan oleh Allah SWT seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang berdoa pada 10 Zulhijjah sama ada duniawi atau ukhrawi akan dimakbulkan Allah SWT. (Mukasyafatul Qulub).

Monday, November 7, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Anda

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda:
 
1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.
2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3-Rumah yang memelihara anjing.
4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- Rumah yang sering meninggikan suara.
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.
8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13- Rumah pemakan riba,intres.
14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.