Antara zikir & doa yg disuruh mengamalkannya:
1.)
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.)
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.)
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
4.)
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
5.) Untuk memudahkan bersalin digalakkan membaca ayat kursi,
Kemudian membaca ayat ini :
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam. "
6.) Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
Maha Suci Allah
7.)
Aku Pohon ampun kepada Allah
8.)Surah Al-Ansyiqaq
Surah ini, seorang ustaz menyarankan ibu mengandung membacanya, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Insyaallah akan lebih mudah bersalin, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang.
9.) Sentiasa membaca surah Maryam.
10.) Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Thanks to http://mommymiasara.blogspot.com
No comments:
Post a Comment