Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
ii. KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan Coklat kosong Coklat susu
Tenaga 511 kcal 514 kcal
Lemak 32.3 g 29.0 g
Protein 4.1 g 8.1 g
Karbohidrat 51.9 g 56.1 g
Zat Besi 2.3 mg 0.8 mg
Kalsium 29.0 mg 233.0 mg
Tiamin 0.04 mg 0.09 mg
Riboflavin 0.02 mg 0.3 mg
Niasin 0.4 mg 0.4 mg
Vitamin A 22.0 mg 84.0mg
iii. KELEBIHAN COKLAT
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Membantu menguatkan hafalan
c) Membantu menajamkan mata dan minda
d) Membantu memulihkan keletihan saraf
e) Membantu menguatkan daya ingatan
f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i) Melambatkan proses penuaan
No comments:
Post a Comment