Mencari Doorgift, Candy Station, Kek, Cupcake, muffin etc
Thursday, October 13, 2011
Thursday, October 6, 2011
4 Perkara Yang Anda X Patut Lakukan Apabila Berpisah
Perpisahan didalam sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Anda perlu menerima hakikat bahawa pasangan anda sebelum ini bukan lagi milik anda. Disebabkan kesukaran menerima kenyataan inilah menyebabkan ramai yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Antara adalah..
(1) Menghubungi bekas pasangan setiap kali anda ingatkan mereka- Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda pasti akan sentiasa mengingati bekas pasangan lebih-lebih lagi pada permulaan perpisahan. Ia adalah merupakan satu perkara yang normal. Tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya. Lakukan sesuatu perkara yang boleh mengalihkan pemikiran anda daripada memikirkan mengenai mereka. Sekiranya anda menghubungi mereka sekali sekala, ia tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul sekiranya anda menghubungi mereka setiap hari kerana anda seolah-olah masih tidak menerima yang sebenarnya anda berdua telah berpisah. Ia juga dikhuatiri akan turut mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda kelak.
(2) Meluahkan perasaan seperti orang gila di fb- Mungkin anda sendiri perasan kini facebook dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila anda berpisah, anda tidak perlu untuk menghebohkannya kerana ia amat menjengkelkan orang lain. Perhubungan adalah merupakan satu perkara yang amat peribadi dan tidak perlulah anda mengaibkan orang yang pernah anda sayang dikhalayak ramai. Ia juga mungkin akan mengundang permusuhan.
(3) Memburukkan pasangan- Kebiasaannya perkara ini akan terjadi apabila sesuatu hubungan telah terpisah. Masing-masing akan berusaha untuk memburukkan bekas pasangan mereka. Jika dinilai kembali, tiada sebarang manfaat yang anda dapat sekiranya melakukan perkara tersebut. Sekiranya anda betul-betul menyayangi mereka, pasti anda akan mengharapkan yang terbaik dan bukannya meburuk-burukkan mereka. Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI!
(4) Kelam kabut untuk mencari pasangan baru- Hasil kajian yang telah dilakukan, seseorang yang bersifat seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang bersifat kurang yakin terhadap diri sendiri, terdesak dan suka bergaantung terhadap orang lain.
8 Cara Untuk Mennjana Pendapatan Sampingan
Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai berlumba-lumba untuk menambahkan lagi sumber pendapatan mereka. Sekiranya hanya mengharapkan daripada satu sumber sahaja iaitu melalui pendapatan kerja tetap, ia mungkin tidak akan mencukupi. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk anda menjana pendapatan sampingan?
(1) Mengajar- Kami yakin setiap orang dimuka bumi ini mempunyai kemahiran yang tersendiri. Adalah lebih baik sekiranya kemahiran yang anda miliki digunakan untuk mengajar orang lain dan secara tidak langsung ia juga dapat membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan. Selain itu, anda juga boleh menjadi jurulatih atau memberi khidmat nasihat mengikut kepakaran yang dimiliki.
(2) Penulisan- Mungkin anda seorang yang suka untuk meluahkan sesuatu pendapat melalui penulisan. Pada zaman internet kini, ia lebih memudahkan anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil karya yang ditulis. Sebagai contoh, anda boleh menjananya melalui blog yang dibina sendiri ataupun menjadi penulis jemputan untuk sesebuah website.
(3) Percakapan- Sekiranya anda merasakan dengan hanya bercakap anda mampu untuk mempengaruhi orang lain, cari satu pekerjaan yang anda bebas untuk melakukannya seperti ejen menjual insuran atau sebagainya untuk menjana pendapatan sampingan.
(4) Jual barangan yang tidak digunakan- Sekiranya anda memiliki barangan yang sudah tidak dipakai, adalah lebih baik untuk menjual berbanding menyimpannya. Ia juga secara tidak langsung akan membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan.
(5) Memasak- Memasak adalah merupakan satu kemahiran yang amat mendapat permintaan yang tinggi. Sekiranya anda mempunyai kemahiran ini, tiada masalah untuk anda menjana pendapatan sampingan jika anda bijak untuk mencari peluang.
(6) Penyewaan- Sekiranya anda memiliki banyak aset berharga yang mungkin orang lain tidak mampu untuk memilikinya, memberi khidmat sewaan adalah idea bijak untuk menambah lagi sumber pendapatan.
(7) Menawarkan perkhidmatan- Mungkin ramai yang minat untuk berkebun tetapi tidak ramai yang suka untuk menguruskannya. Tawarkan perkhidmatan yang sering mendapat permintaan daripada orang ramai.
(8) Teknologi- Sekiranya anda mempunyai kemahiran teknologi seperti membina website, mereka grafik atau sebagainya, gunakan kemahiran yang ada untuk menambah sumber pendapatan anda.
7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Untuk Wanita
Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik
Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.
Mrs Teddy juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan perasaannya.
Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...
1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.
2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.
3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.
4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".
5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.
6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.
7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.
Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya...
30 Perkara yang Wanita Tidak Sempat Memberitahu Lelaki
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
Fakta Lelaki Yang Suka Tersenyum Tidak Menarik Bagi Perempuan
Lelaki beranggapan bahawa senyuman boleh membuat wanita tertarik kepadanya. Sayangnya, anggapan itu tidak sepenuhnya benar. Menurut penelitian lelaki sombong dengan wajah angkuh lebih menarik bagi wanita.
Sebuah kajian terbaru yang dilakukan oleh University of British Columbia telah menyimpulkan bahawa wanita merasa kurang tertarik secara seksual terhadap lelaki yang periang berbanding lelaki yang sombong dan moody.
Penelitian tersebut membantu menjelaskan mengapa wanita seringkali tertarik dengan lelaki ‘bad boy’. Selain itu, kajian juga mendapati cara bagaimana lelaki dan wanita menilai minat seksual dari ekspresi non-verbal seperti rasa senang, bangga dan rasa malu.
“Memperlihatkan wajah senang dianggap penting untuk dalam interaksi sosial termasuk daya tarikan seksual. Tapi dari segi penelitian diketahui wanita dan lelaki merespon ekspresi emosi secara berbeza termasuk senyum,” ujar ketua kajian bidang psikologi dari UBC Jessica Tracy, seperti yang dipetik dari Times of India.
“Kami mencari kalau wanita tidak terlalu tertarik dengan lelaki periang dengan wajah ceria. Justeru mereka lebih suka lelaki yang kelihatan kuat, moody atau yang malu-malu,” katanya.
Tracy menjelaskan bahawa alasan wanita lebih memilih lelaki sombong berwajah angkuh disebabkan oleh evolusi dan proses budaya. Misalnya, secara evolusi teori, wanita cenderung tertarik pada lelaki yang mempunyai wibawa, status, dan kompetasi sebagai pasangan. Ia juga menjelaskan, senyuman juga berkaitan dengan imej kurangnya dominasi lelaki.
Jika lelaki periang tak menarik bagi wanita, hal tersebut berbeza pula berbanding dengan tanggapan peserta lelaki. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘American Psychological Association journal Emotion’ mengatakan bahawa lelaki lebih tertarik secara seksual terhada wanita yang kelihatan bahagia dan percaya diri.
Buat Isteri Untuk Sentiasa Menggoda Suami
Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.
Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.
Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.
Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.
Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.
Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.
Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.
Wednesday, October 5, 2011
Cara Untuk Mengenali Lelaki Penyayang
8 ciri yang paling ketara terdapat pada lelaki penyayang nih. Jadi mulai harini, korang perhatikan lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini yer..hehe..Chek it out!
1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.
2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe
3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je.
Cara Mendapatkan Tidur Yang Mencukupi
Letak telefon anda di Ruang Tamu- Sekiranya anda terlalu banyak memiliki barangan berunsur teknologi di bilik tidur, ia secara tidak langsung akan mempengaruhi fikiran anda untuk memikirkan mengenai produktiviti dan bukannya untuk merehatkan minda. Anda perlu menetapkan fikiran bahawa ditempat tidur hanyalah untuk tidur dan bukannya untuk memikirkan mengenai masalah lain. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk meletakkan telefon di ruang tamu, anda juga boleh menggunakan inisiatif lain dengan menetapkan mode senyap pada telefon anda. Segala urusan anda boleh uruskan pada keesokan paginya.
Elakkan daripada mengambil kafein- Kandungan kafein boleh membuatkan anda sukar untuk tidur. Kesan daripada kafein yang anda ambil berkemungkinan akan menjadi lebih lama daripada apa yang anda jangkakan. Pada kebiasaannya, kesan kafein dirasai selama lapan jam sebelum kesannya hilang daripada tubuh anda. Sekiranya anda meminum kopi pada waktu petang dan menghadapi kesukaran untuk tidur pada sebelah malam, berkemungkinan ia adalah kesan kafein yang anda ambil pada petang tadi. Merancang masa untuk pengambilan kafein berkemungkinan akan membantu anda tidur dengan lebih mudah.
Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur- Adakah anda tidur bersama haiwan kesayangan anda? Ini juga boleh menyebabkan anda mendapat tidur yang tidak cukup berkemungkinan disebabkan alahan atau pergerakan yang dilakukan oleh haiwan peliharaan. Anda dinasihatkan untuk meletakkan haiwan peliharaan anda di luar bilik tidur anda untuk membolehkan anda mendapat rehat yang secukupnya.
Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa- Bagi sesetengah orang, pergerakan, cahaya atau bunyi yang sedikit pun mampu untuk membuatnya terjaga. Anda dinasihat untuk menggunakan penutup telinga, langsir, penghawa dingin atau sebagainya untuk mencipta persekitaran tidur yang ideal. Sekiranya anda mahu terjaga pada waktu tengah malam, anda dinasihat untuk membuka lampu yang lebih kecil dan malap, dan bukannya dengan membiarkan lampu asal bilik anda menyala. Suhu bilik yang paling sesuai untuk anda tidur adalah sekitar 20 hingga 22 darjah celcius.
Elakkan tidur siang- Tidur pada siang hari hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk jika anda biasanya memiliki masalah tidur. Sekiranya anda mahu tidur pada siang hari, anda dinasihat untuk menetapkan dalam masa yang pendek iaitu sekitar 15 hingga ke 30 minit sahaja. Di bawah ini akan dinyatakan masa tidur yang paling sesuai untuk setiap peringkat umur tetapi ianya juga bergantung kepada keperluan seseorang itu untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Bayi yang baru lahir : 18 jam (+)
1–12 bulan : 14–18 jam
1–3 tahun : 12–15 jam
3–5 tahun : 11–13 jam
5–12 tahun : 9–11 jam
Remaja : 7–10 jam (bergantung terhadap tahap keaktifan seseorang remaja)
Orang dewasa : 7–8 jam (+)
Wanita mengandung : 8 jam (+)
1–12 bulan : 14–18 jam
1–3 tahun : 12–15 jam
3–5 tahun : 11–13 jam
5–12 tahun : 9–11 jam
Remaja : 7–10 jam (bergantung terhadap tahap keaktifan seseorang remaja)
Orang dewasa : 7–8 jam (+)
Wanita mengandung : 8 jam (+)
Faktor Yang Menyebabkan Seseorang Itu Menipu
Kurang mendapat perhatian- Seseorang yang kurang mendapat perhatian lebih cenderung untuk menipu. Ini adalah kerana dengan cara menipu adalah cara termudah untuk seseorang mengekspresikan diri mereka. Mereka akan merasa dihargai kerana mendapat perhatian daripada ramai dan ini berkemungkinan akan menyebabkan mereka akan terus menipu.
Dendam- Sekiranya anda pernah menipu pasangan anda sebelum ini, anda jangan menyalahkan pasangan anda jika mereka menipu anda pada masa sekarang. Ini adalah berkemungkinan mereka menyimpan dendam terhadap anda yang pernah menipu mereka. Mereka mungkin ingin anda merasai bagaimana rasanya apabila dicurangi. Perasaan dendam biasanya kurang menyentuh terhadap sensitiviti pasangan dan lebih kepada emosi.
Menunjuk-nunjuk- Benarlah pendapat yang menyatakan bahawa “bercakap lebih mudah daripada melakukan”. Tidak dinafikan untuk melakukan sesuatu perkara yang betul-betul mampu dibanggakan agak susah. Cara paling mudah untuk menunjukkan kebanggaan diri kepada orang lain adalah dengan menipu. Pada kebiasaannya, seseorang yang kurang mendapat kejayaan terhadap hidupnya lebih cenderung untuk menipu. Tidak semestinya seseorang yang kelihatan kaya raya bermakna dia telah berjaya dalam hidup. Ia lebih berbentuk subjektif bergantung pada diri masing-masing.
Dengki- Seseorang yang bersikap dengki juga lebih cenderung untuk menipu. Ini disebabkan kerana mereka juga ingin setanding dengan pesaing mereka. Menipu adalah cara mudah untuk mendapatkan pujian daripada pesaing yang mereka harapkan. Ketidaksenangan mereka untuk melihat kejayaan atau kesenangan orang lain akan menyebabkan mereka akan terus menipu. Lebih berbahaya lagi adalah seseorang yang bersikap dengki ini bukan sahaja suka menipu, tetapi dikhuatiri dalam penipuan yang mereka cuba lakukan akan timbulnya fitnah pada pihak lain.
Kepentingan diri sendiri- Pasti masing-masing akan lebih sibuk menjaga kepentingan untuk diri sendiri berbanding orang lain. Memang perkara ini sukar dinafikan. Di atas sebab terlalu menjaga kepentingan diri sendirilah menyebabkan seseorang itu akan menipu. Berkemungkinan mereka menipu kerana takutkan persaingan daripada pihak lain ataupun mereka menggunakan orang lain untuk kepentingan mereka sendiri.
Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Coklat
Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
ii. KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Kandungan Coklat kosong Coklat susu
Tenaga 511 kcal 514 kcal
Lemak 32.3 g 29.0 g
Protein 4.1 g 8.1 g
Karbohidrat 51.9 g 56.1 g
Zat Besi 2.3 mg 0.8 mg
Kalsium 29.0 mg 233.0 mg
Tiamin 0.04 mg 0.09 mg
Riboflavin 0.02 mg 0.3 mg
Niasin 0.4 mg 0.4 mg
Vitamin A 22.0 mg 84.0mg
iii. KELEBIHAN COKLAT
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Membantu menguatkan hafalan
c) Membantu menajamkan mata dan minda
d) Membantu memulihkan keletihan saraf
e) Membantu menguatkan daya ingatan
f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i) Melambatkan proses penuaan
Subscribe to:
Posts (Atom)